Taman Negara Rompin. Terpampang jelas pintu gerbang destinasi yang dituju. Hon bas dibunyikan bagi mengejutkan pelajarnya daripada dibuai mimpi. Hana menggosok-gosok matanya dan membuka tirai bas. Masih gelap. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. 2.30 pagi. Bas diletakkan dikawasan yang agak terang dek kerana cahaya bulan. Ustaz Idrus mengarahkan pelajar turun dengan tertib dan berbaris mengikut kumpulan yang telah dibahagi disekolah tadi.
" Taman Negara? Bukan Hutan simpan ke? Salah naik bas ke ni?" Kuyu mata Suzanna memandang papan tanda yang tertulis disitu. Mindanya mungkin masih berada diluar sedar. Masing-masing merengangkan badan dan menguap. Yela,belum subuh dah kena kejut. Driver bas ni mesti jeles tengok kitorang lena ni. Hana bermonolog sendirian.
" Lambat Ustaz " tegur Madam Lee selaku guru yang memimpin bas ketiga. Ustaz hanya melemparkan senyuman dan memberi alasan mengalami masalah teknikal semasa dalam perjalanan.
" Okay sekarang bas terakhir telah pun tiba dan cuba semak ahli kumpulan kamu ,kalau ada yang hilang " Ustazah Liza memberi arahan sebelum bergerak masuk ke dalam hutan.
" Hana.. Aku rasa seseorang hilang lah " Suzanna berbisik. Hana memandang ahli kumpulannya. Cukup. Apa kena minah ni cakap tak cukup. Hana membuat reaksi ' who ' ?
" Buah hati awak lah " Hana memandang Suzanna pelik. Bila masa aku ada buah hati? Kalau makan hati banyak lah.
" Maaf guys, aku gi ambil kompas tertinggal dalam bas " Ikmal memasukkan kompasnya kedalam beg. Hana memandang Suzanna yang ketawa terkekek-kekek. Wtf ?! Ada yang kena ikat kat papan tanda jap lagi. Azzyati memandang telatah dua sahabatnya. Apabila Hana memandangnya dia mengangkat sebelah keningnya.
" Let's go " Hana menarik lengan Azzyati. Keras. Bina badan ke apa minah ni. Lantaklah! Tak guna kau Suzanna. Si mat kompas tu kau nak jodohkan dengan aku? But ..okaylah.. Ala-ala Aliando Syarief ,tapi still Hell no lah.
" Hem..hem.. " Hana segera menoleh apabila dia mendengar suara garau berdehem berulang kali. What the.. Ikmal ?! Tawa Suzanna semakin galak manakala Azzyati hanya mengukir senyuman kelat kerana tawa Suzanna mengundang perhatian ramai yang berada disitu.
" sorry " Hana tertunduk malu dan melepaskan lengan Ikmal perlahan-lahan. Ikmal sekadar berdehem dan meneruskan langkah ke hadapan meninggalkan Hana yang terkial-kial mengalihkan pandangan daripadanya.
Aduhh!! Kacau !
" Hana, tebal betul kau pakai blusher ye ,brand apa ? Nak jugak aku try " Hana memberi jelingan 360 darjah kepada Suzanna. Aku cepuk gak budak ni.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
2.45pagi. Ikmal melihat jam tangan Rolex pemberian ayahnya. Walaupun dari keluarga berada dan berpangkat tinggi namun baginya ia tidak memberi erti apa-apa jika ibu dan bapanya lebih mementingkan harta berbanding anaknya sendiri.
" Ikmal nak masuk asrama papa "
Makanan yang berada dipinggannya langsung tidak dijamah sekadar dikuis-kuis menggunakan garfu. Tengku Iskandar memandang wajah anaknya dengan lebih mendalam." Why baby boy ? " pertanyaan wanita pertengahan umur yang duduk bersebelahan bapanya langsung tidak disahut. Camellia. Atau lebih tepat Nur Kamilia Zainuddin. Nama seorang wanita yang telah membuat hidup keluarganya kucar -kacir. Kerana wanita bernama Camel itulah ibunya meninggal dunia kerana kemurungan. Kerana wanita itu jugalah dia hilang tempat mengadu. Saban hari, ayahnya sering tidak kelihatan seperti dahulunya kerana perlu menemani ibu tirinya ke jualan murah dan melancong ke luar negara. Oleh itu ,apa guna dia tinggal di rumahnya jika tiada yang memberi perhatian terhadapnya? Sekurang-kurangnya kehidupan di asrama lebih menyeronokkan. Ramai kawan dan riuh.
" Aku nak focus dengan study aku. Kalau duduk dalam rumah ni, daripada A + terus jadi F " Camellia tersedak lantas mencapai segelas air. Tengku Iskandar menepuk-tepuk belakang badan isteri tercintanya itu.
" Well.. Ray, F pun boleh berjaya apa. Look at me, i got straight F in SPM but now i boleh own boutique sendiri tau " Ikmal melemparkan senyuman sinis.
" Sebab dulu papa i sugar daddy you so you boleh lah mintak harta dia buka butik bagai. Unta murahan macam you ni tak layak gantikan tempat mama i ,baby huh? What kind of shit you talking about ? And you .. " Ikmal bangkit dari kerusinya dan memandang kearah Tengku Iskandar tajam. Garfu yang dipegangnya ditunding ke arah Tengku Iskandar.
" Ikmal nak papa uruskan semua yang berkaitan dan hujung bulan ni Ikmal tau Ikmal dah diterima masuk dengan serta merta. Masa nilah, you show me your power as Tengku Iskandar not only to this bitch ! " Ikmal berlalu dengan muka berang menahan marahnya yang baru terluang sedikit. Camellia tercengang melihat kelakuan anak tirinya manakala Tengku Iskandar sekadar melepaskan keluhan.
" Err.. Hello.. Jarum jam rosak ke? " teguran itu menghapus lamunan Ikmal. Ouh.. Hana.
" Cikgu panggil tu nak semua orang berkumpul " Hana membetulkan tudungnya. Hish! Kembung sana,kembung sini. Kedut sana,kedut sini. Aku freehair kang terkejut madam Lee.
" Kenapa ? " ehh.. Mamat sekor ni, aku dah panggil ikut jela.. Banyak pulak cekadak dia.
" Nak bacakan bedtime story la kot " Ikmal ketawa mendengar seloroh Hana. Hana.. Hana.. Tak pernah nak serious.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormaleTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...