BAB 47

1.4K 112 6
                                    

TING!
_________________________________________________________________

FROM: PRIVATE NUMBER
Cempaka Hotel ,Floor 4 Room 0401, Sun.9am.

_________________________________________________________________

Hana menonyoh-toyoh matanya dek kerana baru bangun dari tidur. Tidurnya terganggu kerana bunyi pesan ringkas dari telefonnya. Dia bangkit ke bilik air untuk membasuh muka.
Dia kemudian melihat telefonnya semula dan membaca pesanan itu semula.

Siapa ni ?

Dia mencuba untuk memanggil penghantarnya namun gagal kerana ia Private Number. Dia mendecit dan menuju ke katilnya semula.

" Papa .. " dia menyeka halus rambut suaminya sebelum idea gilanya timbul.

Alang-alang dah malas dia gunting rambut..

Dia mencapai beg soleknya dan seplastik getah rambut milik anak perempuannya. Oleh kerana suaminya tidur terlentang ia memudahkan Hana melakukan operasi. Dia memulakan dengan dua ponytail sebelum memulakan solekan di bahagian kening dan mata suaminya. Dia mengekek sendirian.

" AUCHUMM! " Suaminya bersin sebaik Hana mengenakan berus blusher ke hidungnya. Namun suaminya tidur semula. Hana menarik nafas lega.

Setelah lima belas minit,tangannya yang ralit melukis 'seni' di wajah suaminya terhenti. Bukan kerana ia sudah selesai tapi kerana dia mendengar tawa anak kecil di tingkat bawah.

MAMA !!!!!!!
Berus ditangan Hana terhenti. Dia terus melompat keluar dan bergegas ke tingkat bawah.

" Raisha !! " kosong. Hanya halaman yang kosong.

TAP!  TAP !  TAAP !
Sebiji bola bergolek dari tingkat atas. Bola itu berhenti betul-betul dihadapannya.Dia memberanikan diri mengambil bola tersebut.

" Wanna play with me ? " Hana terkejut mendengar suara dari arah belakangnya. Dia lantas menoleh. Kosong.

" I'm here.. " dari arah kanannya pula. Kosong.

" Here ... "

" Here ... "

" Here ... "

Pening Hana apabila dia hanya memusing-pusing kepalanya setempat.

" MAMA ! " Hanya jatuh terduduk apabila satu kelibat menyergahnya.

KRING !
KRING !

Bunyi telefon mengejutkan Hana. Dia teragak-agak ingin menjawabnya tapi dia mengagahkan diri juga mengambil telefon tersebut.

" He..llo "

Sepi.

" Assala..mualaikum "

Sepi.

" kau siapa huh?! "

AKU IZRAIL !!!!!!

Hana terdorong kebelakang apabila frame yang berhampiran meja telefon rumahnya pecah secara tiba-tiba. Tangannya calar sedikit terkena serpihan cermin tersebut dilantai.

" Sayang ? " kelibat suaminya muncul ditangga.

" Pa.. To.. "

KRAKKKKKKK !
Lantai halaman retak secara tiba-tiba. Hana kelu. Ya Allah dugaan apa lagi ni ??

HostelWhere stories live. Discover now