" Assalamualaikum "
Azzyati tersenyum sinis. Ustaz menghampirinya perlahan-lahan.
" Dah tak reti jawab salam ke ? " Azzyati terkumat-kamit membaca mentera.
" Wah,ustaz belum mula kamu dah panggil geng kamu ye " Azzyati tiba-tiba mengilai. Matanya bertukar menjadi hitam tanpa putihnya,hidungnya menjadi mancung dan tirus,wajahnya berkedut dan giginya panjang tidak terurus.
" Jin yahudi ler kamu ni,sat na.. "
وَجَعَلْنَا مِنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Ustaz membuka langkahnya yang pertama. Badannya terasa panas.
" Huish,kuat kamu ni "
فَلَمَّآ أَلْقَوْا۟ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ ٱلسِّحْرُ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبْطِلُهُۥٓ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ ٱلْمُفْسِدِينَ
Mahkluk itu menyeringai.
" Kamu dengar ni Az "
Auzubillahiminas syaitonnirojim.. Bismillahirrahmanirrohim..
وَاَوْحَيْنَاۤ اِلٰى مُوْسٰٓى اَنْ اَلْقِ عَصَاكَ ۚ فَاِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُوْنَ ۚ
فَوَقَعَ الْحَـقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ ۚ
فَغُلِبُوْا هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوْا صٰغِرِيْنَ ۚ
وَ اُلْقِيَ السَّحَرَةُ سٰجِدِيْنَ
قَالُوْۤا اٰمَنَّا بِرَبِّ الْعٰلَمِيْنَ ۙرَبِّ مُوْسٰى وَهٰرُوْنَ" Ughliq famak! (Tutup mulut kamu) 'akhraj min huna ( pergi dari sini) ! "
" kau suruh aku datang tapi kau suruh aku balik pulak? Pening arhhh "
" urid tilk alfatat! ( aku mahu perempuan itu!) "
" Jadi kau mesti berurusan dengan aku dulu "
" insan ghabi! ya jab 'an tamut ( manusia bodoh! Kamu mesti mati ) "
Mahluk itu terus meluru kearah ustaz, ustaz tersentak. Ustaz terundur kebelakang. Dadanya terasa panas.
" Ustaz ! " Suzanna sudah menangis dahulu. Dia takut.
فَلَمَّاۤ اَلْقَوْا قَالَ مُوْسٰى مَا جِئْتُم
ْ بِهِ ۙ السِّحْرُ ؕ اِنَّ اللّٰهَ سَيُبْطِلُهٗ ؕ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِيْنَ,
وَيُحِقُّ اللّٰهُ الْحَـقَّ بِكَلِمٰتِهٖ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُوْنَARGHHHHH !
" Kenapa panas sangat ni???? Ilmu apa kau pakai huh??? "
" Ilmu Allah. Ajaran Assunah Waljamaah "
وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ؕ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ؕ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى
Perlahan-lahan mahkluk itu berundur dan masuk ke dalam rumah usangnya. Rumah itu agak besar tapi umpama kubur kelam tanpa cahaya dan nur dari Allah.
" Bagi daun bidara dengan garam " Suzanna menyelongkar begnya dan memberi ustaz bahan- bahan tersebut.
Usai ustaz membaca beberapa ayat pintu itu terbuka sendirinya. Didalamnya tiada apa,hanya barang pemujaan seperti patung daru jerami,kemenyan dan lain-lain. Bau darah bercampur kemenyan. Suzanna hampir muntah.
" Itu ! " kelihatan gambar lama mereka bertiga. Gambar Hana penuh dengan tusukan jarum peniti manakala Suzanna hanya dicoret dengan marker merah bertanda korban.
Terdapat juga foto sewaktu perkhemahan dimana Ikmal memainkan gitar untuk Hana. Ikmal ditanda perampas.
Ustaz pula ditanda hapus." Dia ada disamping kita ,ikut gerak geri kita tapi siapa tahu dia telah lama bermusuh dengan kita. Astaghfirullah "
" Ustaz... " Hana yang baru sedar terkedu apabila membuka almari yang diikat kemas dengan kain kuning.
" Tiada apa yang lebih berharga dari jiwa manusia yang lalai dan kufur. Iblis tidak pernah megungkiri janji iaitu membawa anak Adam ke Jahanam. Sama- sama kita ambil iktibar dibalik kejadian ini. Wallahua'lam "
Jasad Azzyati kaku dengan dadanya ditusuk dengan sebilah pisau belati berbentuk naga. Mayatnya mereput tetapi rambutnya masih panjang dan kelihatan jelas keluar dari hijabnya. Tangannya diikat dengan benang merah.
" Kita kebumikan dia sebelum subuh, Ikmal, call ambulance "
" Baik ustaz " kejadian malam itu benar-benar membuatkan mereka yang melalui umpama mimpi ngeri yang tiada penghujungnya. Mereka pulang dengan selamat dan Hana telah pun mendapatkan rawatan psikitri dengan lebih kerap kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. Ustaz pula terus mengajar di asrama Engku Puteri yang penuh dengan kejadian pelik dan hampir setiap malam jumaat akan ada yang histeria.
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...