BAB 44

1.5K 106 3
                                    

" Mama ! Bila mama nak balik rumah kita? " Raisha bermain-main dengan jari Hana. Hana sekadar menggeleng dan mencium dahi anaknya.

" Kadang-kadang Princess kena belajar hidup tanpa mama ye sayang ? " Raisha terkedu mendengar ibunya berkata sedemikian.

" Raisha takkan benarkan Allah ambik mama " Mata Hana kabur melihat wajah sugul anaknya. Jauh betul pemikiran anaknya sampai ke situ.

" Princess.. I don't mean that.. " Raisha turun dari katil Hana sebelum keluar dari bilik itu.

TOK! TOK!
" Assalamualaikum " Ouh.. Suami aku.

" Have you take your break to the fast? " Hana sekadar tersenyum sebelum menggeleng.

" Here there are. Special Kasih Sayang Beef Soup from your zauj " kenyitan mata Ikmal mengundang tawa kepada Hana. Aroma sup daging menusuk ke hidungnya membuatkan perutnya berkeroncong tiba-tiba. Ikmal membuat helah kapal terbang sebelum satu suapan tiba dimulut Hana. Dengan sekali suapan ..

UWEKKK !
Terluah semula apa yang dimakannya. Tekaknya loya secara tiba-tiba. Dia melihat ke mangkuk yang dipegang Ikmal.

ALLAHUAKBAR ABANG !!!
Ikmal panik apabila Hana berteriak secara tiba-tiba. Dia meletakkan mangkuk tingkatnya ke tepi sebelum menenangkan Hana.

Teriakan Hana mengejutkan Ustaz Idrus dan Suzanna yang baru sahaja tiba.

" Kenapa ni ? " Kelihatan Ikmal memeluk Hana erat. Hana seperti ketakutan.

" Taktau Ustaz,saya nak suap dia tiba-tiba dia histeria " jawapan Ikmal membuatkan Ustaz faham. Dia mendekati Hana dan melihat di meja bersebelahan katilnya.

" Sup daging? " Ikmal mengangguk. Ustaz menyentuh kepala Hana lembut.

" Nampaknya dia dah mula berimaginasi macam-macam. Su, tolong ustaz call Opah Teh,suruh dia bawak air rebusan pandan dan kunyit kemari " Suzanna mengangguk laju sebelum mendail nombor opah Teh.

" Hana.. Hei.. Hana.. Kamu kena lawan. Allah ada kan? " Hana mengangguk laju sebelum menunding kearah meja disebelahnya.

" Ikmal. Bagi anak kamu jela makan. Panjang muncung dia kat luar tadi. Boleh sidai baju dah " Ikmal mengemas mangkuk tingkatnya dan membawanya keluar. Ustaz merenung Hana sebelum memberinya air.

" Kamu kena jumpa dia dan selesaikan semuanya antara kamu " Hana mengangguk faham.

" Opah Teh datang lepas zohor " Ustaz melihat jam.
10.30 pagi. Seorang jururawat datang untuk memeriksa Hana.

" Puan belum makan? " creepy muka nurse ni. Bisik hati Hana. Ustaz Idrus sekadar memerhati.

" Sa..saya kurang selera " Jururawat itu sekadar melihat laporan Hana sebelum beredar pergi. Belum sempat jururawat itu membuka pintu, ustaz membuka bicara.

" Siapapun kamu sama ada dari bangsa Jin atau Iblis. Sampaikan salam ku pada Tuanmu " Jururawat itu membuka pintu dan beredar pergi.

" Ustaz? " Ustaz Idrus mengambil borang laporan Hana dan mengelapnya. Tanah merah. Hana diam kaku.

" Ustaz nak buat pagar kat bilik ni. Kamu rehatlah ye " Hana melihat Ustaz Idrus keluar dari bilik itu. Entah kenapa apabila Ustaz keluar,hatinya bertambah gusar. Ya Allah.. Hanya pada mu aku berserah dan memohon perlindungan.

" Amee..Ameen.. " belum sempat Hana meraup mukanya,seseorang menyahut doanya. Tapi ia 'Ameen' bukan 'Amin' .

HostelWhere stories live. Discover now