BAB 6

2.9K 161 2
                                        

" Hana.. bangun sayang ,opah buatkan sarapan ni "
Hana membuka matanya perlahan-lahan dan melihat bumbung kayu biliknya. Suasana bilik yang tenang diiringi kicauan burung dari luar membuatkan dirinya berasa puas dan tenteram.
Dia bangkit dan membuka jendela biliknya. Melihat pemandangan sawah padi milik keluarga ibunya,Datin Khalisya menambah ketenangan dalam dirinya. Tanpa disengajakan ,setitis air embun dari dedaun yang menjalar di jendela biliknya menitis dimatanya. Dia menggosok matanya kerana terasa pedih.

TOK ! TOK ! TOK!
" Hana .. turun makan nak " kedengaran suara ibunya memanggil. Dia meminta ibunya turun dahulu sementara dia akan menyusul selepas membersihkan diri.
Usai mandi ,dia menyisir rambutnya dan melihat dirinya jauh didalam cermin. Ya, cuti pertengahan tahun. Azzyati dan Suzanna telah menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku pada malam itu dan dia seperti orang bodoh. Dia langsung tidak ingat apa yang terjadi pada malam itu.Sungguh. Dan Mia .. dia seolah-olah takut untuk kembali ke asrama tersebut. Apa dia nak ? Kenapa aku ? Apa salah aku Mia ? Hana hanya mampu bermonolog sendiri dan bangkit dari kerusi soleknya.

" Lamanya cucu opah turun ,renovate bilik ka ? " Seloroh Opah Teh di meja makan. Hanya tersenyih umpama kerang busuk. Dia duduk disebelah ayahnya dan ibunya menghulurkan rendang ayam kegemaran anaknya itu. Mata Hana bersinar apabila menghidu rendang ayam buatan opah Teh kerana baginya opah Teh lah juara memasak dikampungnya.

" Opah ! Nantikan Hana nak cempedak goreng boleh? " pinta Hana dengan mulut penuh. Ibunya menegurnya dan dia hanya mampu tersenyum. Opah Teh menghulurkan segelas air kepada cucunya itu.

" Ye ,nanti opah gorengkan. Sya,nanti kamu tolong jolokkan cempedak belakang rumah tu ye " ucap opah Teh kepada Datin Khalisya. Datin Khalisya menjengilkan mata kepada anaknya. Hana hanya menjelirkan lidah tanda menang.

" Apa saya pulak mak,suruhlah menantu mak tu ,dia kan lelaki.." Dato' Helmi tersedak apabila namanya tiba-tiba naik. Hana tergelak sakan.

" Kamu ni ,makanlah pisang ke,ubi ke .. buah yang tinggi jugak kamu nak " Dato' Helmi mengeluh. Opah Teh hanya mampu menggeleng melihat telatah keluarganya. Walaupun anak dan menantu orang kenamaan tapi mereka tidak pernah lupa akan dirinya. Malah mereka pernah berhasrat ingin membelikan sebuah villa lengkap untuk dirinya tapi dia hanya ingin hidup dan mati di tanah yang sama dengan arwah suaminya. Dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga sebahagia ini disamping hidup muafakat bersama orang kampung. Oleh itu, apabila anak dan menantunya pulang ke kuala lumpur, dia tidak bosan kerana jiran tetangganya selalu bertandang ke rumahnya untuk berkongsi resepi kuih terbaru ,menjual produk dan dia juga aktif untuk ke kenduri kendara di kampungnya.

" Opah , nantikan temankan Hana pergi pantai boleh ? Nak kutip cengkerang lah ,nak belikan hadiah untuk kawan sekali dekat kedai cenderamata Tok Man " lamunan Opah Teh mati apabila Hana bersuara. Opah Teh hanya mengangguk dan membawa cawannya ke sinki.

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyapa ke wajah Hana. Sejuk. Dia menguis-kuis pasir putih dengan kakinya. Dia lebih suka berkaki ayam ketika berjalan di pantai kerana dia berasa tenang melihat kesan tapak kakinya sendiri. Hatinya memuji ciptaan Allah yang tebentang luas di depannya.
Dia menoleh ke belakang .. ehh?? Mana opah ? Tiba-tiba bahunya ditepuk ,dia terkejut tapi tiada siapa. Dia menggosok bahunya yang masih sakit ditepuk tadi. Siapa ?

" Anak dara oii ! " Opah Teh terkial-kial mendekati Hana yang meninggalkannya jauh di belakang. Laju betul cucu aku jalan ,tak sia-sia aku ajar dia berjalan dulu. Opah Teh hanya menggeleng melihat cucunya yang sengih sambil menggaru kepalanya.

" Opah Teh gi mana ? Toilet ke ? " Hana bertanya apabila melihat opah Teh semakin hampir.

" Eh ,mana ada .. Opah buat resort baru tadi " Hana sengih apa bila mendengar opah Teh berseloroh. Tapi jauh dibenaknya masih tetanya tanya siapa yang menyapanya tadi.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang