" Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? "
Suasana hening di Tanah Perkuburan Islam Bahagia yang hanya kedengaran sahutan beburung dan unggas. Kebanyakkan yang hadir hanya tertunduk meratapi si mati.
" Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah” ".
" Berhenti ! " terkesima semua yang berada disitu apabila satu suara menghentikan ustaz itu dari menghabiskan talkinnya. Seoeang lelaki memeluk wanita yang kelihatan histeria. Wanita itu tidak lain ialah Hana. Ibu kepada si mati.
" Maafkan saya ustaz,semua " lelaki itu menarik Hana jauh dari tanah perkuburan.
Hana ditarik masuk kedalam kereta. Suasana sepi kembali.
" Sa..sayang? " tangisan Hana mula kedengaran semula. Lelaki itu memegang erat tangan Hana. Namun air mata Hana semakin deras bercucuran.
" Sayang.. Listen to me " lelaki itu meletakkan kedua belah tangannya di wajah wanita itu dan cuba untuk menatap matanya.
" Saya tahu ia sukar untuk kita. I feel the same thing okay? But.. Kita kena ikhlas. Raisha dah bahagia kat sana " Perlahan wanita itu menatap wajah lelaki itu lantas memeluknya erat.
" I promise. She got to pay that back ! " Lelaki itu sekadar menepuk-tepuk bahagian belakang Hana. Dia tidak mampu memberikan apa-apa komen. Perbuatan Azzyati benar-benar melampaui batas.
💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞
" Macam mana Hana? " Ikmal sekarang mengeluh.
" Macam tu lah ustaz " Suzanna ingin membuka pintu kereta tapi dihalang Ikmal.
" Dia tengah tidur. Sejak dari Hospital malam semalam dia tak tidur. Suzanna akur.
" Az dah melampau. Kita mesti insafkan dia sebelum banyak lagi korban ! " Ustaz mengiakan ucapan Suzanna tadi.
" Lepas ni.. opah Teh " ujar ustaz. Suzanna dan Ikmal memandang Opah Teh yang sedang menuju kearah mereka.
" Mana Hana? " Tanya Opah Teh. Suzanna memeluk Opah Teh erat.
" Su takkan biarkan mahkluk tu apa-apakan Opah. Janji pada Su demi Hana dan Raisha,Opah jangan lupa pagar diri " Opah Teh terkedu. Apa maksud budak ni?
" Opah,duk dengan Ikmal dulu sampai semua ni reda boleh? Kita duk homestay dengan Ustaz " Opah masih tidak dapat hadam semuanya.
" mangsa lepas ni .. OPAH " hampir luluh hati Opah Teh mendengarnya. Dia beristighfar panjang.
" Kita mesti hentikan semua ni! SU! cari Azzyati cepat ! Pancing dia ketempat kita " Suzanna sekadar menggeleng.
" Saya tak boleh tapi.. " Suzanna menunjuk kearah kereta.
" Hana.. Boleh.. "
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...