BAB 16

2.1K 137 0
                                    

KRAKK !
" Ouch ! " Hana mengaduh kesakitan apabila tiba-tiba kakinya seperti dicucuk akar kayu yang agak tajam. Ikmal segera mengeluarkan tuala good morning dari begnya dan mengelap darah yang mengalir keluar dari tapak kaki Hana.

" Hana, kasut kau koyak der " Suzanna mencabut akar tajam yang tertusuk dikasutnya. Akar kayu apa ni ? Macam mata lembing je aku tengok. Ihsan mengambil akar tajam yang dipegang Suzanna dan membeleknya.

" Aku rasa mungkin ada yang cuba buat mata dart kat sini " Suzanna memukul kepala Ihsan menggunakan botol airnya yang kosong.

" Dalam hutan siapa nak main dart pengau ! " Ihsan sekadar mengekek.

" Auch.. " Ikmal membasuh luka Hana sebelum membalutnya. Dia menutup kotak first aidnya dan memberi Hana sebotol air.
Hana sekadar mengucapkan terima kasih dan dengan tindakan reflek Ikmal membongkokkan badannya. Dia meminta Hana untuk naik ke belakang badannya.

" Err.. Takpela saya boleh .. Argh.. " Ikmal sekadar mengeluh dan meminta memandang Hana dengan pandangan yang tajam. Hana terpana. Terkocoh-kocoh dia naik ke atas belikat Ikmal.

" Sorry.. " Ikmal sekadar tersenyum. Suzanna dan Azzyati bersorak. Ihsan sekadar berdehem.

EKEKEKEKEEK !
Langkah mereka tiba-tiba terhenti. Mereka berpandangan sesama sendiri. Azzyati sekadar mentafsir mungkin ia hanya bunyi burung gagak yang terbang diatas mereka.

EKEKEKEKEKEK!
Ikmal berasa tidak senang duduk. Lantas dia menoleh dan melihat Azzyati, suzanna dan Ihsan lenyap dari pandangan. Tangan yang memaut leher Ikmal tiba-tiba mencengkam. Ikmal melepaskan dukungannya. Hana rebah.

" Hana.. " Ikmal memanggil namun tiada sahutan. Hana hanya terbaring kaku. Ikmal menggagahkan diri untuk mendekati Hana. Dia menyentuh bahu Hana perlahan-lahan sambil memanggil namanya.

"  Han.. " mata Hana terbuka luas. Dia memandang Ikmal sambil tersenyum. Ikmal menarik nafas lega.

" Kau okay kan.. Sorry.. Aku ter- " kata-kata Ikmal terjeda seketika apabila Hana tiba-tiba mencengkam pergelangan tangannya kuat seakan tulangnya hampir remuk. Dia mencuba untuk melepaskan diri namun pegangan itu terlalu kuat. Hana sekadar memandangnya tajam dengan senyuman yang agak menyeramkan.

" Kau suka aku kan ? " Suara serak Hana mula menyapa ke telinga. Ikmal menggeleng.

" Kau bukan Hana.. Keluar kau iblis ! Bismillah.. " Ikmal mula membacakan ayat kursi. Hana mengikutnya sekadar mengejek ,namun dibaris terakhir ayat tiba-tiba Hana mengerang kesakitan sebelum pengsan. Ikmal melihat pergelangan tangannya. Merah dan agak kebiruan. Dia meraup wajahnya dan bersyukur Allah mempermudah urusannya. Dia merangkul tubuh Hana dan membawanya mengikut kompas yang tergantung dilehernya.

Berat gak minah ni !

🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕

" Ikmal ! Hana ! " Suasana hutan riuh dengan panggilan nama Ikmal dan Hana. Suzanna mengambil arah mudah dengan berpatah balik ke kem apabila Ikmal dan Hana tiba-tiba lesap.

" Macam mana ni Ustaz .. " Ustaz Idrus juga tidak mampu memberikan jawapan. Sudah 2 jam mereka hilang. Haripun sudah mahu masuk waktu zohor.

" Usai solat Zohor,kita cari lagi. Ingat! Jangan ada yang berpecah"
Pelajar kembali ke kem. Bagi pelajar bukan Islam,mereka dibenarkan untuk makan tengahari terlebih dahulu ,manakala yang lain menunaikan solat fardu zohor. Usai solat Zohor ,Ustaz lanjutkan dengan solat Hajat. Mereka berharap agar Ikmal dan Hana akan dijumpai kerana jadual mereka kini tidak menentu kerana keadaan huru-hara dan masa tidak menentu kerana hal yang diluar jangkaan mereka.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang