BAB 43

1.5K 116 8
                                    

" Allah! " Pandangannya silau dengan lampu pendaflour. Aku kat mana pulak ni?

BEP! BEP! BEP!
Telinganya mendengar suara alat Difibrilator disebelah kanannya. Dia mahu bangkit tapi sendinya sakit. Dia melihat tangannya yang sarat dengan jarum dan wayar. Kepalanya berbalut, manakala dimulutnya terdapat alat bantuan pernafasan ventilator.

Penglihatannya sedikit kabur tapi setelah beberapa saat ia kembali kepada sediakala.

" Sayang.. " dia menoleh kearah suara yang memanggilnya.
Ikmal?

" Papa.. " suaranya agak perlahan namun masih boleh didengari suaminya. Suaminya mengucup lembut umbun rambut isterinya.
Dia menyucapkan syukur sebelum keluar memanggil ahli keluarganya yang lain.

" Mama! " Raisha. Rindunya aku dekat anak dara aku ni. Raisha berusaha untuk memanjat katil hospital itu namun gagal. Wajahnya memerah.

" Nak nangislah tu. Pendek ! " tangisan Raisha memecahkan kesunyian bilik tersebut membuatkan Opah Teh dan Ustaz menyerbu masuk.

" Apa kehei ni ? " tanya Opah Teh. Ikmal mengendong anaknya yang masih meronta ingin dilepaskan. Tangisannya semakib kuat dan air matanya semakin deras. Tangan Hana memberi isyarat agar suaminya memberikan Raisha kepadanya.

" Papa tak guna ! " Raisha memeluk leher erat ibunya. Ikmal tercengang.

" Mana kamu belajar perkataan tu ? " Ikmal mencubit lengan anaknya. Anaknya menepis kuat.

" Macam mama dia perangainya .. Susahnya ada anak perempuan ni ustaz " Ustaz Idrus tersenyum melihat celoteh bekas anak muridnya itu. Tak sangka jodoh mereka agak kuat. Dari kawan sekolah,dah ada anak. Cepat masa berlalu.

" Hana ! " dua orang menyerbu masuk mengejutkan mereka bereempat. Ouh.. Suzanna .. Az..zyati. Hatinya kembali diserbu rasa takut. Jika benar apa yang dipertonton kepadanya,dia perlu berhati-hati.

Ustaz Idrus melihat kegusaran diwajah Hana dan menyentuh pergelangan tanggannya yang terdapat kesan parut. Ustaz menggeleng.

" Masha Allah.. " Ikmal dan Opah Teh berpandangan. Suzanna dan Azzyati mendekati Hana.

" Princess,come to papa " Raisha masih tidak melepaskan pelukannya.

" Taknak ! " Opah Teh mendekati cucunya dan cuba memujuknya agar meleraikan pelukannya.

" Mama lapar. Kita pergi beli makanan nak? " Raisha berfikir sejenak sebelum menggangguk. Usai Opah Teh dan Raisha keluar, Azzyati dan Suzanna duduk dibirai katil Hana.

" We miss .. " belum sempat Azzyati memeluk Hana, Ustaz Idrus memegang bahunya.

" Tak kira apa niat kamu. Hentikan. " Suzanna dan Hana berpandangan. Ikmal mengerutkan dahi.

" Beg kamu. Boleh ustaz tahu isi didalamnya? " wajah Azzyati bertukar risau. Perlahan Azzyati memberikan begnya pada Ustaz Idrus.

Jeng! Bungkusan putih lusuh berbentuk bunjut dikeluarkan. Ustaz membaca bismillah sebelum membuka bungkusan tersebut. Pasir.

" Astagfirullah ! Azzyati ! Kamu sedar tak dia kawan kamu ?! " Azzyati membatukan diri. Suzanna menggengam erat tangan Hana. Az.. Mimpi tu?

" hehehe.. Hahahhaahahah! " Azzyati ketawa terbahak-bahak secara tiba-tiba.

" Ini bukan MLM Azzyati! " ustaz Idrus membentak.

" Kau. Kau selalu cerita tentang kebahagiaan kau walaupun kau tau aku dari broken family! Yes! Dari kecil memang keluarga aku berdendam dengan family kau tapi aku tak ambik port " Azzyati bangkit dari katil Hana dan mula bercerita dengan nada agak tinggi.

" sampai satu saat kau nak pergi dari rumah tu! Kau ingat senang ke kau pergi dari hidup aku macam tu je? Lepas aku hilang family aku,aku nak hilang kau pula? " Azzyati menunding kearah Hana. Matanya menjengil membuatkan Hana menelan air liurnya berulang kali. Lagi creepy dari suster ngesot beb.

" Tapi semua tu apalah sangat,sampailah aku dapat tahu Dato' Helmi pecat bapak aku sebab tuduh dia mencuri emas bini dia! Kau tau tak sengsaranya bapak aku masa tu? Dikeji orang kampung,mak aku cari laki baru ! Kau taktau ! " Hana terkesima mendengar luahan Azzyati. Rupanya guard kat rumah dia dulu ayah Azzyati.

"  Yes! Umur 10tahun aku dah pandai amalkan benda-benda sihir ni sebab nenek aku dukun kat kampung. Tapi aku tak mampu lengkapkan mantera tu sebab umur aku belum cecah 15tahun. Jadi aku buat ringan-ringan dulu. Bagi kau main dengan 'kawan-kawan' aku then siapa sangka lepas belasan tahun,we met again" Azzyati melemparkan senyuman sinis kepada Hana.

" Masa tulah aku ajak korang main spirit ..ouh ya,sebenarnya memang aku pun yang ajak cuma aku guna 'kawan' aku untuk pergi kelas malam menyamar jadi aku sementara aku buat benda yang patut. Haid. Benda paling berharga dan aku dapat seru satu roh untuk ikat jiwa kau dengan ! Roh yang ingin bebas dan ingin kembali jadi manusia " Mia. Mia roh kedua dia seru dan buat perjanjian untuk jiwanya. Jadi dia takde salah apa-apa pada Mia.

" Kau tak guna Azzyati! " Hana bangkit walaupun sakit. Wayar yang bersirat dibadannya dilupakan. Dia hanya ingin mendapatkan Azzyati.

" kau memang baik Hana tapi kebaikan kau membunuh aku dengan semua kebahagiaan yang kau ada! " Azzyati keluar menyembam pintu dengan kuat. Ustaz sekadar menggeleng. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali iri hati Azzyati. Ikmal kembali menenangkan isterinya. Suzanna terpinga-pinga. Air mata Hana mengalir setitis demi titis sebelum deras seperti air terjun.

Benar. Aku dah dapat kebenaran yang aku buta dengan kepalsuan sahabat aku sendiri.

HostelWhere stories live. Discover now