" Sayang .. " terjongket bahu wanita itu apabila bahunya disentuh tiba-tiba. Wanita itu menepuk peha suaminya tanda terkejut.
" Apa yang sayang bayangkan tu? Abang tengah main gitar nyanyi untuk sayang ke? " lelaki itu ketawa mengekek apabila dia melihat rona pipi isterinya tiba-tiba bertukar merah.Comel.
" Ish! Mana ada! Sikit mungkinlah.. Tapi kan rindu dekat dorang. Bila agaknya dapat jumpa lagi " Suaminya menggengam erat tangan wanita tersebut dan sekadar menggeleng tanda tidak tahu. Wanita itu kelihatan hampa. Wanita itu kemudian menutup kotak tersebut dan mengajak suaminya berehat. Jauh disudut hatinya, ingin benar dia berjumpa secara berhadapan dengan sahabat lamanya. Sahabat yang benar-benar dirinduinya.
TIK ! TOK!
Bunyi jarum jam yang berpusing mengikut saat dan minit seolah-olah bergema dicuping telinganya. Dia tidak mampu tidur. Terkadang dia merasa panas walhal pendingin udara sudah terpasang kuat dibiliknya.TIK ! TOK! TIK ! TIK ! TIK !
Jam seperti terhenti berdetik. Dia membuka matanya dab melihat jam didinding rumahnya tepat pukul 5.30pagi. Dia bangkit dari katilnya dan mengambil jam yang disangkut di atas dinding televisyen biliknya.
'Bateri lama tak tukar lah ni. Malasnya nak keluar esok' Dia mengetuk-ketuk jam dengan harapan ia berdetik semula namun hampa. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk turun ke dapur dan menyediakan sarapan lebih awal dari kebiasaannya.PRANG !
Langkah wanita itu terhenti menuruni anak tangga. Namun dia meneruskan langkah setelah tiada apa-apa bunyi kedengaran lagi selama beberapa saat.
' salah dengar kot 'PRANG !
Langkahnya terhenti sekali lagi. Raisha? Wanita itu mempercepatkan langkah kerana bimbang jika anaknya terjatuhkan barangan kaca dan melukai dirinya tanpa sengaja." Raisha ! " Wanita itu segera membuka suis dapurnya. Kosong.
Semuanya kelihatan normal. Tiada yang pecah mahupun bersepah. Dia segera memeriksa peti sejuk dan kabinet dapurnya namun dia gagal menemui sesuatu yang ganjil. Semuanya normal. Barang terletak pada tempatnya. Tiada yang berubah.
' Jiran sebelah kot ' wanita itu sekadar memujuk hatinya sendiri walhal dalam otaknya melakarkan pelbagai bayangan mistik dan menyeramkan." Okay ,let's do it " wanita itu menyinsing lengan bajunya serta menyangul rambut ikalnya sebelum dia membasuh tangan untuk memulakan aktivitinya awalnya sebagai ibu dan isteri.
Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular
Bonda takkan berundurDalam ralit dia membuat telur dadar hancur untuk sandwicnya nanti,dia bersenandung sendirian. Lirik arjuna Beta dari Fynn Jamal benar-benar lekat dihatinya. Baginya Fynn seorang pemuisi yang berbakat. Perancangannya anaknya mahu dinamakan Arjuna Beta tapi kerana jantina yang berlawanan,dia terpaksa menukar niatnya.
" Ti.."
Tidurlah Hana Humairah
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa ...Tegak bulu romanya apabila tiba-tiba seseorang menyambung senandungnya tapi ada yang aneh mengenai lirik berkenaan. Tapi apa ya?
Dia menoleh tapi tiada sesiapa dibelakangnya.
" Abang ke tu? " sepi. Tiada sahutan." Abang janganlah gurau macam ni. Saya tak sukalah " masih sepi.
PAK!
Terjongket bahu wanita itu apabila tingkap kaca dapurnya seolah-olah dipukul sesuatu. Wanita itu segera menutup gasnya dan berlari naik ke biliknya. Moodnya untuk masak bertukar seram. Dia tidak sanggup untuk melalui apa yang dilaluinya dahulu. Bahaya untuk anak dan suaminya.Manakala ditingkap, perlahan-lahan kelihatan satu tapak tangan yang bersaiz sederhana besar dan lampu dapur tertutup dengan sendirinya.
💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞
" Sayang.. " wanita itu membuka matanya dan melihat suaminya sudah lengkap berpakaian untuk ke pejabat. Suaminya menghulurkan seutas tali leher bewarna biru cair kepada wanita itu. Wanita itu sekadar tersenyum.
" Bila saya takde nanti,macamam mana abang agaknya ya " suaminya segera menyentuh pipi isterinya dan mengucup dahinya lembut.
" Just hoping i will go first " wanita itu segera meminta diri untuk menyediakan sarapan manakala menyuruh suaminya mengejutkan anaknya untuk kesekolah baharunya.
Usai tiba didapur, langkahnya terhenti. Sandwic telur,coffee dan hot milo telah pun tersedia die meja makannya didapur. What?
" Err.. Sayang ? Napa ni? " wanita itu sekadar memandang suami dan anaknya. Dia masih blur.
" Wow ! Hot milo ! " Anaknya segera berlari ke meja makan dan segera mengapai air kegemarannya.
" Did you do all this? " Suaminya menggeleng. Then who?
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...