Chapter 04

649 97 119
                                    

---

Malam itu , Junhoe meroyan hampir separuh nyawa melihat keadaan sikat kesayangannya yang dipenuhi dengan bulu-bulu halus milik Jinhwan. Bahkan , pengering rambutnya juga dibiarkan merata setelah digunakan.

Sah , ini pasti kerja Donghyuk.

Junhoe mengeluh berat ㅡ kembali meletakkan pen yang sedang dipegangnya ke atas buku nota lalu menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya.

Dia sempat memandang sekilas ke arah Jinhwan yang sedang bermain dengan tali pinggangnya. Anak kucing berbulu putih bersih itu dilihat sedang meneliti objek panjang di hadapannya.

Punggung kecil Jinhwan digoyangkan ke kiri dan ke kanan , serentak dengan ekornya yang berbulu lebat itu. Dengan pantas , kuku kecilnya mencengkam tali pinggang Junhoe lalu menggigitnya.

Umpama ingin mengalahkan seekor ular , Jinhwan berguling-guling sehingga badannya sendiri hampir dibelit tali pinggang tersebut.

"Bahaya betul kucing ni. Silap haribulan , aku yang kena smackdown."

Melihat Jinhwan yang masih belum mengalah , Junhoe mula merisaukan keadaan tali pinggangnya.

"Yahh , bagi balik.."

Jinhwan sama sekali tidak menghiraukan perintah daripada manusia seperti Junhoe.

"Yahh..."

Junhoe menarik tali pinggangnya dari cengkaman kuku anak kucing itu.

"Meow..."

Jinhwan yang sepertinya tidak mahu mengalah terus menggigit tali pinggang Junhoe itu. Akhirnya , kedua-dua makhluk ini saling bersaing bagi merebut objek tidak bernyawa tersebut.

Malang sekali bagi Jinhwan , kekuatan tangan tuannya sahaja sudah 30 kali ganda lebih kuat daripada anak kucing sepertinya. Jinhwan akhirnya tertarik bersama-sama tali pinggang tersebut ke arah Junhoe.

Ia duduk di atas paha Junhoe lalu memejamkan matanya. Sudah mengalah barangkali. Jika tidak pun , merajuk dengan tuannya itu.

Junhoe tersenyum tanpa sedar. Badan Jinhwan diusapnya lembut.

"Sekurang-kurangnya , aku dah tak keseorangan cuti sekolah ni."

---





Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang