Chapter 21

443 62 27
                                    

---

"Dah rasa lebih sihat sekarang?"

Junhoe menghenyakkan punggungnya di sisi Jinhwan yang sedang termenung jauh. Soalan lelaki itu dibiarkan tidak berjawab. Jinhwan cuba melentokkan kepalanya di atas bahu Junhoe.

Namun , gagal sama sekali. Bibirnya dimuncungkan apabila teringat kembali tentang perbezaan ketinggian mereka.

Jinhwan hanya mampu menggeselkan pipinya pada lengan Junhoe.

"Aku perasan kau menangis masa tidur tadi. Kau mimpi apa sebenarnya?"

Jinhwan mendongak. Wajah tuannya dipandang lalu pandangannya segera dialihkan. Junhoe mencapai dagu Jinhwan sehingga anak mata kedua-dua mereka kembali bertentangan.

"Jawablah."

Jinhwan tiba-tiba sahaja menyembamkan wajahnya pada dada lelaki itu. Esakannya semakin kedengaran.

"Jinhwan takut...."

Tangan Jinhwan memeluk erat pinggang Junhoe. Baju di bahagian dada Junhoe kini basah dengan air mata Jinhwan. Junhoe mengusap belakang badan lelaki bertubuh kecil itu.

"Jinhwan rindu omma..."

Hati Junhoe bagaikan terkena tempiasnya sebaik sahaja Jinhwan membuat kenyataan seperti itu.

Mengingati semula bagaimana dia menjumpai Jinhwan dalam keadaan comot dan keseorangan , Junhoe telah nekad untuk melindunginya.

---

Setelah dia meluahkan segalanya kepada Junhoe , Jinhwan tidak henti-henti menangisi pemergian ibunya. Sehingga terlena Jinhwan di dalam pangkuan Junhoe.

Matanya sembap gara-gara terlalu banyak menangis sehingga keletihan. Junhoe mendukung Jinhwan ke bilik. Walaupun dalam keadaan tidak sedar , Jinhwan masih tersedu-sedan di dada tuannya.

Selepas membaringkan Jinhwan di atas katilnya , Junhoe menarik kerusi lalu ditempatkan di sisi lelaki itu. Jinhwan diperhatinya lama. Diam-diam , Junhoe mengucup lembut dahi Jinhwan.

"Honestly, I miss my mom too.."

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang