Chapter 88

263 46 46
                                    

---

Senyuman lebar penuh keriangan kian menguntum di bibir merah jambu milik Jinhwan.

Nampaknya , dia sudah boleh menghembuskan nafas lega selepas ini. Syukurlah dia dan Seiyeon akhirnya tiba juga di Jerman dengan selamat.

Teruja rasa di hati Jinhwan hendak menemui bakal keluarga angkatnya nanti. Dia benar-benar berharap agar kedatangannya ke sini mendapat sambutan yang baik.

Cukuplah hanya layanan yang baik dan senyuman ikhlas mereka. Jinhwan pasti akan bergembira sepanjang berada di sini.

"Noona , Jinhwan rasa nak ke tandas sekejap lah.."

Seiyeon memandang ke sekeliling mereka.

"Jinhwan nak noona temankan ke?"

Lelaki itu memeluk tubuh genitnya sambil memuncungkan bibir.

"Noona ni.. layan Jinhwan macam budak kecil pula. Noona jaga beg kita diam-diam sudahlah."

Seiyeon tersenyum geli hati.

"Jinhwan kan tak biasa dengan tempat ni. Nanti hilang , macam mana?"

Seiyeon melabuhkan seketika punggungnya di tempat duduk ruangan menunggu. Penat.

"Nanti pandai-pandailah Jinhwan datang sini semula. Adik noona ni kan kucing yang cerdik."

Jinhwan tersenyum bangga. Sikap suka memuji diri sendiri , memang 2×5 seperti tuannya. Seiyeon akhirnya membenarkan Jinhwan ke tandas.

Sebelum itu , dia perlu mencari tandas dengan melihat ke sekeliling. Terus kakinya dihayun ke tandas lelaki.

Selesai sahaja urusannya , Jinhwan menghampiri deretan sinki untuk mencuci tangan. Hidungnya tiba-tiba sahaja terasa panas.

Kening Jinhwan saling bertaut. Wajahnya didongakkan sedikit menghadap cermin yang kini memantulkan semula imejnya.

Cecair merah pekat dilihat mengalir keluar dari lubang hidungnya. Darah itu disentuh jemari runcing Jinhwan.

Di kotak fikirannya membayangkan semula sejarah hitam yang lalu. Kepala Jinhwan mula berpinar-pinar.

Tangan Jinhwan mencengkam dinding di sisinya sebagai sokongan. Sukar untuk Jinhwan tafsirkan apa yang sedang berlaku kepadanya pada saat ini.

Ini baru permulaannya.

---



Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang