Chapter 95

259 41 52
                                    

---

"Hanbin... Jin-Jinhwan dah tak kuat."

Lelaki bertubuh genit itu terketar-ketar menuturkan setiap bait ayat dari bibirnya. Nada suara Jinhwan pada saat itu umpama sedang berbisik kepada Hanbin.

Mujurlah segala butir bicaranya dapat Hanbin tangkap dan fahami dengan jelas.

Jinhwan kemudiannya perlahan-lahan memejamkan mata lalu jatuh ke dalam dakapan lelaki itu. Hanbin memegang kemas tubuh Jinhwan lalu dibaringkan dengan lembut.

"Jinhwan?"

Hanbin kini membelai pipi Jinhwan dengan jari-jemarinya.

"Jinhwan!"

Mata Hanbin melilau ke persekitaran yang berada di sekelilingnya bagi mencari kelibat Jiwon.

"Jiwon! Jiwon!"

Anjing dewasa berbaka husky itu meloncat turun dari katil tuannya.

Bukan dengan niat untuk memberi sebarang respons terhadap panggilan tersebut. Tetapi , untuk bersembunyi.

Ruang sempit di bawah katil Hanbin menjadi pilihan Jiwon. Tubuhnya membentuk lengkungan seperti fetus. Keadaan sempit dan agak berhabuk menyukarkan pergerakan Jiwon.

Panggilan Hanbin dibiarkan tidak bersahut. Kerana lelaki itulah dia berada dalam bentuk asalnya.

---

Hanbin menjenguk ke dalam bilik tidurnya. Tiada tanda-tanda mahupun susuk tubuh Jiwon kelihatan di mana-mana sudut bilik tersebut. Seluruh kediaman itu? Juga tiada.

Hairan.

Jiwon pasti tidak akan pergi ke mana-mana tanpa memberitahu Hanbin terlebih dahulu. Jadi , sudah tentu Jiwon masih berada di dalam rumah itu.

Hanbin hanya perlu meneruskan pencariannya. Dia kembali ke bilik perkongsian mereka. Hanbin membongkokkan tubuhnya ke hadapan.

Tidak salah lagi , Jiwon bersembunyi di bawah katilnya. Tetapi , keadaan Jiwon pada ketika itu ternyata agak mengejutkan buat Hanbin.

Seingatnya , Jiwon hanya akan kembali ke rupa bentuk asal apabila dia berasa takut dan sedih.

Apa yang menakutkan Jiwon? Dan apa pula yang membuatkan dia berasa sedih?

"Jiwon?"

Hanbin menarik lembut tubuh Jiwon ㅡ keluar dari ruang sempit itu penuh berhati-hati.

"Hey , kenapa ni?"

Hanbin menggosok manja perut Jiwon. Anjing itu memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Kau merajuk sebab aku tinggikan suara , kan?"

Perut Jiwon digosok lagi.

"Awooo...."

Pendek sahaja jawapannya.

"Sorry.. aku tak berniat pun nak tengking kau. Maafkan aku ya?"

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang