Chapter 34

397 61 11
                                    

---

"June tak cerita pun lagi pasal keluarga June , kan?"

Jinhwan mencebik. Tidak adil rasanya jika Junhoe langsung tidak berkongsi cerita tentang keluarganya. Junhoe tersenyum nipis. Bukan kehendaknya untuk menolak permintaan Jinhwan. Bahkan , lelaki itu hanya berat hati untuk bercerita.

"Tapi hidup aku ni membosankan , tahu?"

Junhoe memberhentikan langkahnya lalu cuba berpaling ke sisi bagi melihat wajah Jinhwan.

Kedua-dua belah tangan lelaki itu sudahpun terasa lenguh gara-gara terlalu lama menampung berat badan Jinhwan di belakangnya.

"Alaaa tak apalah. Jinhwan nak dengar."

Jinhwan merengek manja. Dagu figura bertubuh genit itu kemudiannya direhatkan pada bahu Junhoe.

"Sejak kecil lagi , aku dah ada macam-macam jenis masalah. Omma dan appa selalu sangat bergaduh. Aku tak tahu nak berpihak pada siapa. Appa selalu tengking omma. Tak kiralah di depan aku dan noona ataupun di belakang kami. Entah apalah salah omma , aku pun tak tahu. Mereka berpisah. Aku tinggal dengan appa. Yejin pula tinggal dengan omma. Rupa-rupanya selama ni mereka bergaduh tentang kekasih appa. Aku jadi bengang. Tak sangka appa berubah hati semudah tu. Sikap panas baran dan perangai keras kepala aku ni pun pengaruh daripada dia."

Panjang lebar Junhoe bercerita. Sehingga kering anak tekaknya oleh kerana bercakap tanpa henti buat jangka masa yang agak lama. Junhoe menoleh ke sisinya.

Padanlah diam sahaja , sudah tertidur rupanya Jinhwan di bahunya itu. Junhoe tersenyum sendirian.

Tiba sahaja di rumah banglo bujang miliknya , Junhoe mengangkut Jinhwan masuk ke dalam. Peliknya , suasana rumah itu kelihatan sepi sekali.

Mungkinkah Chanwoo masih berada di luar bersama Yunhyeong?

Junhoe membawa Jinhwan ke biliknya lalu dibaringkan. Langkah lelaki itu untuk ke bilik air bagi menyegarkan tubuhnya dengan mandian ala kadar mati serta-merta apabila Jinhwan bergumam halus di belakang.

"Peluk..."

"Hah?"

"Nak peluk..."

Dalam keadaan mata yang masih terpejam rapat , Jinhwan mampu mendepakan tangannya ke udara. Tapak tangan lelaki itu pula dikepal lalu dibuka semula beberapa kali seperti anak kecil yang mahu didukung.

"Entah apalah yang kau tengah mimpi tu. Jinhwan , Jinhwan.."

Junhoe menggeleng beberapa kali. Hasratnya tadi terus dilupakan. Katil dipanjat lalu dia baring di sisi Jinhwan. Bantal di bawah kepala lelaki itu sengaja digantikan Junhoe dengan lengannya.

Junhoe menarik wajah Jinhwan rapat ke tengkuknya. Pinggang lelaki itu dipeluk. Sebelum Jinhwan memasukkan ibu jari kanan ke dalam mulutnya , dia sempat bergumam perlahan.

"Sayang June.."

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang