Chapter 41

435 55 45
                                    

---

Jinhwan dan Junhoe saling berpelukan erat. Tanpa dibatasi dengan satu pun lapisan fabrik yang tinggal , setiap inci kulit tubuh kedua-dua mereka bersentuhan antara satu sama lain.

Pelukan Junhoe menghangatkan lagi tubuh Jinhwan yang masih kesejukan. Selimut ditarik sehingga menutupi bahu Jinhwan. Hanya kepala dan lehernya sahaja yang kelihatan.

Berbeza pula dengan figura tinggi itu , selimut tersebut hanya menutupi sehingga bahagian bawah tulang rusuknya.

Junhoe mencium ubun-ubun kepala Jinhwan. Apa yang telah berlaku sebentar tadi kembali melintasi ruang fikirannya.

"Donghyuk tak bagi kau tanggalkan. Tapi kalau aku yang tanggalkan , tak salah kan?"

Perlahan-lahan pakaian tersebut ditanggalkan daripada tubuh Jinhwan. Untuk berlaku adil , Junhoe turut menanggalkan seluruh pakaiannya lalu dicampak entah ke mana.

Muka Jinhwan bertukar merah padam. Sukar untuk matanya mengalihkan pandangan. Dia akhirnya bertindak menutup mata dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Junhoe mengalihkan tangan-tangan tersebut agar tidak terus menghalang pemandangan manis wajah Jinhwan di bawahnya.

"Tak perlu rasa malu. Benda yang sama juga kau akan lihat bila kita mengawan lepas ni. Kau boleh buat apa saja selama mana kau mahu."

Lambaian tangan kecil Jinhwan di hadapan wajah Junhoe membuatkannya kembali ke realiti.

"Nak apa , Jinhwan?"

Junhoe menyoal lembut. Jinhwan memuncungkan bibirnya.

"Goodnight kiss?"

Junhoe tersenyum.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang