Chapter 01

2.3K 128 65
                                    

---

"Kau rasa aku patut bela kura-kura... atau hamster?"

Kaki Donghyuk masih tidak berganjak dari rak yang terletak betul-betul di hujung penjuru kedai haiwan itu. Melihat telatah sekumpulan hamster kecil yang sedang cuba merebut biji kuaci terakhir sesama sendiri membuatkan Donghyuk geli hati.

Donghyuk kembali melihat ke dalam sangkar besar yang didiami oleh anak kura-kura. Dia kemudiannya menggaru kepala. Payah sungguh untuk membuat pilihan.

"Beli jelah apa-apa.."

Pemilik susuk badan tinggi yang sudah lama menunggu di kawasan kaunter pembayaran itu mula tidak selesa. Memandangkan kedua-dua mereka baru sahaja pulang dari latihan bola keranjang , tentu sekali tubuh lelaki itu sedang berlengas dengan kesan peluh.

"Susahnya nak pilih.."

Donghyuk merengek manja. Lelaki bernama Junhoe itu merengus geram ㅡ menutup telinganya daripada mendengar rengekan manja Donghyuk sekali lagi.

"Beli jelah tikus tu , erghh.."

Donghyuk tanpa sebarang bantahan hanya mengikut. Dua ekor hamster berlainan jantina diletakkan ke dalam sangkar pilihannya.

Donghyuk melangkah keluar dari kedai haiwan itu dengan senyuman berseri-seri pada wajahnya. Impian lelaki itu untuk menghabiskan cuti sekolah yang akan datang tidak lama lagi bersama rakan-rakan barunya masih berada di dalam perancangan.

Tidak pula Junhoe yang hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada skrin telefonnya di saat itu. Entah apa pula perancangannya sepanjang cuti sekolah nanti. Mungkin hanya makan , minum dan buang air.

Deringan peringatan bahawa telefonnya itu sudah kehabisan bateri membuatkan Junhoe panas hati. Sebelum sempat tangannya dijulang untuk mencampakkan telefon itu terus ke jalan tar yang sedang dipijak mereka , Donghyuk terlebih dahulu menahan.

"Ini telefon kau yang ke-24 , tahu? Dan kau baru je beli semalam."

Junhoe menarik nafas dalam ㅡ cuba menenangkan diri yang sememangnya panas baran sejak azali lagi. Telefon itu kembali disimpan. Mereka kini berjalan di sebuah lorong yang merupakan jalan pintas di mana mereka sering lalui setiap kali pergi dan pulang dari sekolah.

Junhoe dikejutkan dengan bunyi halus berada betul-betul di bawahnya. Seekor anak kucing dilihat sedang mengiau manja di kaki Junhoe. Bulunya basah dan kotor sama sekali ㅡ membuatkan Junhoe jijik.

"Pergi jauh dari aku lah , kucing kotor!"

Junhoe tanpa belas kasihan menyepak perut kucing itu ㅡ bengang kerana kasutnya yang bersih sudah dikotori dengan kesan comot pada bulu anak kucing tersebut.

"Janganlah sepak dia lagi! Dia ni cuma anak kucing tau tak?"

Donghyuk menggeleng ㅡ bersusah hati dengan sikap panas baran tidak terkawal Junhoe ini. Dia kemudiannya duduk menyangkung di hadapan anak kucing itu lalu tersenyum. Walaupun sudah ditendang , anak kucing itu masih mengiau manja ㅡ menghampiri Junhoe yang kelihatan jijik melihatnya.

"Junhoe , comel kan anak kucing ni? Aku rasa dia suka kau. Jom kita jaga dia!"

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang