Chapter 33

431 60 28
                                    

---

"Jinhwan takkan takut kalau mereka tak cederakan omma masa dia masih hidup.."

Mendengar kenyataan tersebut , tawa Junhoe terhenti serta-merta. Raut wajah lelaki itu kemudiannya bertukar simpati tatkala melihat Jinhwan yang semakin menunduk di hadapannya.

"Jinhwan.. aku minta maaf. Aku tak tahu pun yang omma kau..... dah tak ada."

Tersembunyi daripada pandangan Junhoe di saat itu , Jinhwan memejamkan matanya lalu mengemam bibir. Kesedihan yang dirasainya sejak kecil lagi kini kembali meruntun jiwa.

"Masa tu , Jinhwan cuma sebesar tapak tangan Junhoe. Baru beberapa minggu selepas lahir , Jinhwan masih bergantung pada omma. Jinhwan lapar. Omma keluar untuk cari makanan. Dan lepas tu , dia tak balik dah. Bila Jinhwan berjalan tinggalkan rumah , Jinhwan nampak omma terbaring atas jalan raya. Banyak sangat darah. Jinhwan cuba panggil omma , tapi dia tak bangun-bangun. Jinhwan pandang setiap satu manusia yang berkerumun di situ. Mereka diam. Ada yang menangis. Masa tu , Jinhwan langsung tak faham apa-apa. Bila Jinhwan balik untuk beritahu adik-beradik Jinhwan yang lain , mereka dah tak ada. Mungkin dah diambil orang. Jinhwan dah tak ada kawan nak bermain. Dah tak ada orang yang jaga makan minum Jinhwan."

Sayu hati Junhoe mendengar penjelasan panjang lebar Jinhwan itu. Dagu lelaki bertubuh kecil itu diangkatnya sehingga mereka saling menatap ke dalam anak mata masing-masing.

"Aku betul-betul minta maaf. Aku tak bermaksud nak kecilkan hati kau. Sungguh.."

---

Kedua-dua pasangan itu saling berpegangan tangan buat kali yang kedua. Namun pada detik ini , Junhoe pula yang menggenggam erat tangan Jinhwan. Mereka langsung tidak bersuara sejak apa yang telah berlaku sebentar tadi.

Apa lagi Junhoe yang kini merasakan bahawa dirinya sedang dihimpit rasa bersalah yang amat sangat.

Junhoe mengambil keputusan untuk tidak berkata apa-apa bagi menjaga perasaan Jinhwan. Cukuplah lelaki itu sudah menangis kerananya. Junhoe hanya tidak mahu perkara tersebut berulang lagi.

"Junhoe , lambat lagi ke kita nak sampai?"

Langkah Jinhwan terhenti seketika. Tangannya dilepaskan daripada pegangan Junhoe lalu menyokong pula kepala lututnya yang semakin keletihan kerana sudah terlalu lama berjalan.

Langit pula sudah beransur-ansur gelap. Mujurlah lampu di kedua-dua belah sisi jalan sudah dihidupkan.

Junhoe turut memberhentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Jinhwan yang kelihatan sudah tidak bermaya di belakang lelaki itu .

Ketika Junhoe kembali teringat tentang keadaan Jinhwan yang baru sahaja kebah dari demam panas , dia terus berjalan laju bagi mendapatkan figura yang sedang terbongkok-bongkok itu.

"Kau letih ke?"

Jinhwan mengangguk perlahan. Pandangan Junhoe secara kebetulan jatuh pada ibu jari kaki Jinhwan yang tercedera gara-gara tertusuk serpihan kayu tajam almari pakaiannya.

Kelihatan balutan kain kasa itu dikotori darah. Barangkali kerana Jinhwan pun sudah terlalu lama berjalan.

"Kaki kau berdarah lagi ni. Kalau dibiarkan , makin teruk pula nanti."

Junhoe duduk mencangkung di hadapan Jinhwan. Seorang lagi figura yang tidak jelas dengan tindakan Junhoe itu hanya mampu menyengetkan kepalanya ke sebelah kanan.

"June nak yak ke?"

Junhoe memandang Jinhwan pelik. Ada ke patut tindakan romantik seperti ini dianggap Jinhwan sebagai hendak membuang air?

"Naik atas badan aku."

Jinhwan merangkul leher Junhoe. Terjerit kecil lelaki itu apabila Junhoe berdiri. Leher Junhoe dipeluk erat oleh kerana perasaan gayatnya apabila berada di tempat tinggi.

"Macam ni rupanya perasaan bila jadi tinggi."

Jinhwan berbisik perlahan pada dirinya sendiri. Namun , suara halusnya kedengaran cukup jelas pada deria pendengaran Junhoe. Lelaki itu tersenyum geli hati dalam diam.

'Comel juga dia ni..'

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang