Chapter 05

635 91 80
                                    

---

Jinhwan berhenti berlegar-legar di atas katil tuannya. Junhoe yang sedang berdengkur dengan mulut ternganga luas itu dipandang Jinhwan tanpa berkedip. Sesekali , kepalanya disengetkan ke kiri.

Mata Jinhwan beralih pula pada perut kempisnya yang boleh diibaratkan seperti sedang mengadakan majlis pancaragam. Sudah semalaman dia tidak menjamah apa-apa makanan.

Malang bagi si kecil itu , ibunya telah dilanggar kereta tidak lama selepas dia dilahirkan. Selepas kehilangan ibunya , Jinhwan terpisah jauh daripada adik-beradiknya oleh kerana ada di antara mereka yang telah dibawa pergi oleh manusia.

Jinhwan melatih dirinya untuk hidup berdikari. Selama ini , dia hanya bergantung hidup pada pemberian makanan daripada manusia yang berada di sekelilingnya. Kini , dia hanya perlu meraih perhatian dan kasih sayang tuannya sahaja.

Itu sudah tentu.

Anak kucing itu memanjat ke atas dada Junhoe. Ekornya digeselkan pada hidung lelaki itu.

Tiada respon.

Jinhwan kemudiannya memukul batang hidung Junhoe dengan ekor gebunya itu. Mujurlah tidak termasuk ke dalam lubang hidung tuannya. Jika tidak , naya.

Tidak semena-mena lena lelaki itu terganggu. Matanya dibuka perlahan. Melihat Jinhwan di atas dadanya , Junhoe merengus geram.

"Kau nak apa? Aku dahlah letih ni."

Junhoe mengusutkan rambutnya. Tubuh kecil Jinhwan ditolak sehingga tergolek jatuh ke sisi katil. Anak kucing itu kembali duduk. Seperti ada sedikit kesukaran saat ia cuba untuk bangun dari permaidani bilik Junhoe.

Kaki kirinya sakit.

Junhoe menarik selimut tebal lalu menyelubungi seluruh tubuhnya. Katil itu dipanjat Jinhwan sekali lagi. Dia baring dalam keadaan tubuh yang melengkung di sisi Junhoe.

Nampaknya , terpaksalah dia berlapar sehingga ke hari esok. Atau mungkin lebih teruk. Lusa? Hari seterusnya? Tiada siapa yang tahu.

---




Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang