Chapter 53

341 59 4
                                    

---

Junhoe terus setia menemani Jinhwan di sisinya tanpa berganjak ke mana-mana. Bajunya yang masih basah akibat kehujanan awal tadi langsung tidak diganti hanya semata-mata kerana tidak mahu meninggalkan Jinhwan sekali lagi.

"Baju June basah.."

Jinhwan merenung jauh ke dalam mata lelaki itu. Raut wajahnya kelihatan risau. Junhoe hanya tersenyum.

"Tadi aku redah hujan. Sebab tulah basah. Jangan risaulah. Kau juga yang nak aku teman , kan?"

Jinhwan tersenyum nipis. Tangan Junhoe dicapai lalu dipegangnya kemas.

"Jinhwan tak adalah jahat sangat sampai nak biarkan June kesejukan macam ni. Nanti June demam , Jinhwan juga yang susah hati. Tukarlah baju. Jinhwan taknak June sakit."

Junhoe mengangguk. Badannya disegarkan dengan mandian suam secara ala kadar. Selepas selesai berpakaian tidur , Junhoe baring di sisi Jinhwan.

Walaupun tangisan Jinhwan telah reda , dia masih tersedu-sedan.

Junhoe menindih tubuh kecilnya. Belum sempat Junhoe ingin mencantumkan bibir kedua-dua mereka , Jinhwan menolak dadanya menjauh.

"Jinhwan kan selesema. Nanti berjangkit dengan June pula."

Jinhwan cuba menolak kehendak Junhoe dengan cara yang baik. Jika bukan kerana dia dalam keadaan tidak berapa sihat pada ketika ini , mungkin Jinhwan sudah berjaya memujuk Junhoe untuk mengawan bersamanya.

"Kau nampak terganggu. Tentu sebab apa yang jadi tadi , kan? Jadi aku terfikir... mungkin kau akan rasa lebih baik lepas kita kiss.."

"Tapi...."

Junhoe mematikan kata-kata Jinhwan hanya dengan ciumannya.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang