Chapter 24

413 64 59
                                    

---

Melihat tuannya yang sedang begitu rancak berbual mesra bersama lelaki yang dikenalinya sebagai Chanwoo itu , Jinhwan mulai dilanda kebosanan sekali lagi.

Figura bertubuh genit itu akhirnya terbaring tanpa berbuat apa-apa di atas katil kepunyaan Junhoe sebagaimana ikan paus yang sudah terdampar di tepi pantai.

Jinhwan mengeluh panjang. Badannya kian berguling-guling di atas permukaan katil tersebut. Jinhwan membuat mimik wajah sedih. Bibirnya dimuncungkan ke hadapan.

Sudah sekian lama dia mahu dibelai oleh tangan Junhoe. Terutama sekali di bahagian perutnya.

Tidak dinafikan , dia amat menyukai apabila manusia menggaru perut kecilnya itu.

Sayang sekali , Jinhwan bukan lagi seekor anak kucing yang boleh dimanjakan. Jika bukan kerana ingin menggembirakan tuannya , Jinhwan tentu akan kekal sebagai seekor anak kucing.

"Hey , namja comel. Nak ikut kami keluar jalan-jalan?"

Sapaan Chanwoo yang sedang bersandar pada muka pintu membawa Jinhwan kembali ke dunia realiti. Jinhwan mengangguk laju sebagai jawapan.

"Marilah.."

Chanwoo mendepakan kedua-dua belah tangannya ke hadapan. Jinhwan memanjat turun dari katil tersebut lalu berlari ke dalam dakapan Chanwoo.

"Nama awak Jinhwan , kan?"

Angguk.

"Junhoe banyak bercerita pasal awak. I think he likes you."

Jinhwan terkebil-kebil memandang Chanwoo. Figura tinggi itu tersenyum geli hati. Jinhwan sememangnya terlalu naif.

Junhoe , Jinhwan dan Chanwoo sama-sama berjalan di sekitar taman yang sering mereka kunjungi. Selang beberapa ketika , Jinhwan merasakan bahawa dirinya semakin dipinggirkan.

Junhoe dan Chanwoo kini berjalan di hadapannya. Manakala , Jinhwan pula kian ketinggalan di belakang.

Jinhwan mengambil peluang untuk melihat ke sekeliling. Ketika itu , matanya tertancap pada sebuah kafe yang mempunyai tingkap lutsinar di hadapannya.

Dari situ , Jinhwan teruja melihat 'rakan-rakannya' sedang bermain bersama pelanggan kafe tersebut. Lelaki itu kemudiannya hilang dari pandangan selepas melepasi pintu masuk kafe itu.

---

Chanwoo menoleh apabila merasakan bahawa Jinhwan tidak lagi berada di belakang mereka. Ternyata benar sangkaan lelaki itu.

"June.. Jinhwan dah hilang."

Junhoe menoleh sebaik sahaja mendengar kenyataan Chanwoo. Matanya melilau ke sekeliling. Keadaan sekeliling yang agak gelap membataskan penglihatannya. Matahari hampir terbenam sepenuhnya.

"Mari kita cari dia. Aku rasa dia tak jauh dari sini."

---

"Terima kasih sebab benarkan saya luangkan masa di sini."

Jinhwan membongkok kecil kepada pemilik kedai. Kepalanya didongak memandang langit yang gelap.

'Macam mana nak balik ni?'

Jinhwan buntu. Junhoe dan Chanwoo sudah entah ke mana. Bagaimana Jinhwan hendak pulang jika dia langsung tidak tahu-menahu tentang jalan di sini?

"Jinhwan!"

Lelaki bertubuh kecil itu berpaling ke arah suara tersebut. Kelihatan Chanwoo melambai-lambai ke arahnya dari jauh. Jinhwan segera menghampiri mereka.

"Mana Jinhwan pergi? Penat kami cari."

Chanwoo memegang bahu Jinhwan.

"Maaflah. Jinhwan main dengan kucing-kucing dalam kafe tu."

Jinhwan menunding jari telunjuknya pada kafe tadi. Namun , suara Junhoe mengherdiknya membuatkan Jinhwan diam seribu bahasa.

"Susah payah aku merata-rata cari kau , kau boleh senyum?! Kalau tak tahu jalan balik , boleh tak jangan suka-suka menghilang?! Kau ni dari awal lagi asyik menyusahkan aku , tahu tak?! Dasar bebal!"

Gara-gara amarah yang bercampur-baur , Junhoe menengking Jinhwan di hadapan Chanwoo.

"Sudahlah tu , June. Kawal panas baran kau tu."

Melihat tubir mata Jinhwan yang kian dibanjiri air mata , Chanwoo sendiri rasa serba salah.

"Ah , kesah apa?! Dah menyusahkan , akan tetap menyusahkan!"

Wajah Jinhwan kini basah dengan air mata. Seumur hidupnya , Jinhwan tidak pernah diherdik sebegitu rupa. Bahkan , perasaan ketika ditengking tuan sendiri mahupun orang asing ternyata berbeza buatnya.

Kerana situasi ini lebih menyakitkan.

Junhoe merengus geram. Chanwoo dan Jinhwan ditinggalkan berdua-duaan. Chanwoo menarik kepala Jinhwan yang sedang teresak-esak menangis itu merapati dada bidangnya.

"Janganlah ambil hati . June memang macam tu.."

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang