Chapter 69

328 52 38
                                    

---

"Jinhwan dah balik..."

Dedaun pintu yang berada betul-betul di belakangnya kembali ditutup rapat. Setelah dipastikan bahawa pintu rumah itu sudah dikunci , Jinhwan tercari-cari susuk tubuh Junhoe di ruang tamu.

"Takkan Junhoe dah tidur?"

Jinhwan terus memanjat tangga ke tingkat atas. Lampu bilik tidur Junhoe dilihatnya masih terpasang. Pintunya turut ternganga luas.

"Junhoe?"

Sebaik sahaja ruang di sebelah dalam bilik tidur itu dijenguk , Jinhwan kaku melihat keadaan yang amat berbeza dari jangkaannya.

Selimut dan bantal dilihat jatuh menyembah lantai. Buku-buku yang sepatutnya berada di atas meja belajar Junhoe bersepah di merata-rata tempat. Serpihan kaca dari pasu bunga juga telahpun pecah berderai.

Jinhwan memegang dadanya. Hatinya langsung tidak tenteram.

"Junhoe!"

Jinhwan berlari anak menuju ke arah Junhoe yang terbaring tidak jauh dari bilik air. Dalam keadaan cemas , kepala lelaki yang tidak sedarkan diri itu dialihkan ke atas pahanya. Pipi Junhoe ditepuk lembut.

Telefon pemberian Junhoe yang sedia ada di tangan terus digunakan oleh Jinhwan untuk mendail nombor Hanbin.

"Yeobuseyo?"

Suara Hanbin kedengaran di sebalik talian.

"Hanbin..."

Jinhwan tidak dapat mengawal air matanya. Dalam keadaan panik dan ketakutan , dia tidak mampu bercakap dengan jelas.

"Kenapa ni , Jinhwan? Ada masalah ke?"

Hanbin menyoal tenang dengan nada kerisauan.

"Junhoe pengsan. Bilik dia bersepah. Jinhwan tak tahu nak buat apa..."

Jinhwan sudah teresak-esak di hujung talian. Hanbin berfikir sejenak.

"Bilik bersepah? Junhoe.... pengsan? Dia mengamuk lagi ke?"

Kedua-dua belah kening Jinhwan bertaut rapat , tidak faham dengan soalan yang diajukan oleh Hanbin itu.

"Mengamuk?"

"Junhoe akan mengamuk setiap kali dia marah. Dia lebih cenderung untuk rosakkan barang-barang di sekeliling dia. Paling teruk , dia pernah cederakan diri sendiri sebelum ni."

Pandangan Jinhwan kembali jatuh pada wajah Junhoe yang kelihatan tidak bermaya. Junhoe marah? Tapi mengapa?

"Jinhwan tak perlu risau. Tak ada kesan luka pada badan Junhoe , kan? Sekarang ni , Jinhwan kena bertenang. Nanti dia sedar lah tu. Nanti Hanbin telefon balik. Jaga diri."

Panggilan ditamatkan. Jinhwan membersihkan serpihan kaca dari laluannya. Sehingga terluka jari-jemarinya kerana terlalu terburu-buru.

Dengan segala kudrat yang ada , Jinhwan terpaksa mengheret badan Junhoe ke katil gara-gara tidak mampu mengangkatnya. Maklumlah , badannya sahaja hanya dua kali ganda lebih kecil daripada lelaki tersebut.

Melihat Junhoe yang sedang berpeluh-peluh , Jinhwan menanggalkan bajunya. Bilik Junhoe kembali dikemas seperti sedia kala. Setelah selesai segala urusannya , Jinhwan baring di sisi Junhoe.

"Junhoe tentu marahkan Jinhwan , kan?"

Tangan kecilnya membelai pipi Junhoe. Kepalanya direhatkan pada dada lelaki itu. Melihatnya dalam keadaan begitu hanya membuatkan Jinhwan bertambah sedih.

"Jinhwan suka Junhoe. Tapi Jinhwan pun suka Hanbin juga.."

---




Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang