Chapter 03

717 96 100
                                    

---

Kedengaran bunyi bising yang tidak henti-henti dari bilik air tingkat atas rumah banglo itu. Atau lebih tepat lagi , bunyi simbahan air berserta teriakan anak kucing tadi. Junhoe menggeleng. Nampaknya , bertambahlah bil air yang perlu dibayarnya nanti.

"Heyy , tunggu!"

Anak kucing itu terus berlari ke arah Junhoe ㅡ memanjat sofa lalu mengeringkan tubuhnya pada baju sekolah Junhoe yang masih belum ditukar.

"Eii kucing ni kan!!"

Junhoe menolak anak kucing itu sehingga terjatuh ke bawah semula. Tiada pilihan lain , ia terpaksa menggoyangkan badan untuk mengeringkan bulu-bulunya.

Donghyuk kembali mendukung anak kecil itu ke tingkat atas. Pengering rambut milik Junhoe digunakan bagi mengeringkan bulu anak kucing tersebut.

"Putih rupanya kamu ni."

"Meow..."

Ia kemudiannya berpusing-pusing ㅡ mengejar ekor sendiri.

Selesai mengeringkan bulunya , Donghyuk perlu membuat pengakuan bahawa anak kucing itu kelihatan lebih gebu daripada krim putar. Donghyuk kembali mendukungnya ke ruang tamu.

"Junhoe. Aku baru dapat mesej dari omma aku tadi.."

"So?"

"Kami akan bercuti di luar negara nanti. Jadi , aku cuma bawa hamster ni bersama. Tolong aku jaga kucing ni , boleh?"

Junhoe menggeleng laju.

"Tak boleh. Aku tak suka binatang."

"Alaaa , please?"

Donghyuk melutut di hadapan Junhoe ㅡ membundarkan matanya yang berkedip tanpa henti itu. Junhoe merengus. Masa nilah dia nak buat aegyo , bisiknya geram.

"Okay , okay!"

Junhoe memeluk tubuh dan kembali bersandar. Donghyuk tersenyum gembira mendengar persetujuan sahabatnya. Terus dipeluk erat tubuh keding Junhoe.

"Aku nak balik dulu."

Donghyuk mengangkat beg galasnya lalu terus beredar. Sedar-sedar sahaja , anak kucing tadi sudah berada di atas pangkuan Junhoe ㅡ menggoyangkan ekor gebunya ke kiri dan ke kanan. Junhoe hampir melatah.

"Donghyuk masih belum beri kau nama , kan?"

"Meow.."

"Oleh sebab kau ni membebalkan , aku namakan kau Jinhwan."

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang