Chapter 23

406 63 43
                                    

---

"Ada apa kau datang ke sini sebenarnya?"

Junhoe berpeluk tubuh. Serentak menyandarkan belakang abdomennya pada sofa yang ditempatkan di tengah-tengah ruang tamu rumah banglo itu.

Keberadaan bagasi pakaian bersama lelaki itu yang sebenar-benarnya telah mengundang pelbagai tanda tanya di benak fikiran Junhoe.

Chanwoo menggosok belakang tengkuknya lalu tersengih kambing.

"Omma halau aku dari rumah sebab gagal subjek matematik."

Kenyataan Chanwoo mengundang gelengan kepala Junhoe.

"Tulah kau.. masa Cikgu Jung Bebel tengah mengajar dalam kelas , bukan main nyenyak kau tidur. Sampai meleleh air liur basi kau tu aku tengok. Jijik , tahu?"

Junhoe membebel panjang sambil membuat mimik wajah jengkel padanya.

"Aku dah tak ada tempat lain nak pergi ni. Kau pun janganlah kejam sangat dengan aku. Kita kan kawan. Nak taknak , kau kena juga benarkan aku tumpang di rumah kau ni buat sementara."

Junhoe mengeluh panjang. Cukuplah dengan kehadiran Jinhwan yang sudah banyak menyusahkannya. Dan kini dia perlu duduk sebumbung dengan si pemalas ini?

"Alaaa.. kau tak perlu risau. Apa yang aku nak makan dan keperluan aku nanti semuanya aku beli sendiri. Walaupun omma dah halau aku keluar , aku masih ada ini."

Chanwoo menunjukkan kad kredit miliknya.

"Oh ya.. aku nak minta tolong kau juga sebenarnya ni. Memandangkan kau rapat dengan pelajar contoh sekolah kita tu , tentu kau dah belajar banyak perkara dari dia , kan? Jadi tolong ajarkan aku matematik , please?"

Junhoe akhirnya mengangguk. Chanwoo bersorak gembira. Tubuh Junhoe dipeluk seerat-eratnya.

"By the way , siapa namja comel tu tadi? Aku dah tertarik dengan dia."

Junhoe memandang Chanwoo dengan dahinya yang berkerut.

"Kau gay?"

Chanwoo mengangguk.

"Eh , aku ingat kau dah lama tahu?"

Junhoe terdiam. Jika dia sudah mula menyayangi Jinhwan , adakah dia juga sebenarnya mempunyai minat terhadap kaum sejenis sama seperti Chanwoo?

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang