Chapter 68

291 46 5
                                    

---

"Tak lama lagi hari lahir Junhoe. Kami fikir nak buat surprise party."

Hari lahir?

Jinhwan langsung tidak terfikir soal itu. Fikiran lelaki itu sepertinya terganggu buat seketika. Setelah beberapa detik menunggu respons dari Jinhwan , Hanbin memutuskan untuk mengajukan soalan lain.

"Kenapa diam je? Bila tarikh hari lahir Jinhwan?"

Hanbin cuba memperlihatkan sisi mesranya kepada Jinhwan. Sebolehnya , dia tidak mahu Jinhwan berasa kurang selesa jika dia terlalu banyak bercakap ataupun hanya berdiam diri.

Jinhwan pula nampaknya agak pemalu. Mungkin hanya terhadap orang yang baru sahaja dikenalinya. Itu perkara lazim.

"Jinhwan tak tahu pun bila Jinhwan lahir."

Jawapan Jinhwan mengundang perhatian Hanbin. Serentak langkah kedua-dua mereka terhenti di tengah-tengah lorong sunyi itu.

"Jinhwan tak macam apa yang Hanbin mungkin bayangkan. Jinhwan tak ada sesiapa."

Jinhwan menunduk , memandang kaki kecilnya.

"Mana perginya keluarga Jinhwan?"

Lelaki itu hanya menjungkitkan kedua-dua belah bahunya.

"Omma dah tak ada. Jinhwan cuma ada adik-beradik. Tapi manusia dah bawa mereka pergi."

Hanbin mengerutkan dahinya. Kenyataan Jinhwan hanya mengelirukan mindanya.

"Apa maksud Jinhwan?"

Hanbin inginkan kepastian.

"Jinhwan bukan manusia pada asalnya."

Itulah jawapan Jinhwan kepada persoalan yang sedang bermain di dalam minda Hanbin. Dia amat yakin bahawa Hanbin adalah seseorang yang boleh dia percayai. Oleh sebab itulah dia tidak teragak-agak untuk berterus terang.

"Ingat tak anak kucing yang Hanbin pernah selamatkan dari dihempap besi tempoh hari?"

Hanbin mengangguk. Beberapa detik berlalu , barulah dia faham segala yang dikatakan Jinhwan tadi.

"Kecilnya dunia ni.."

Walaupun agak sukar untuk mentafsir situasi Jinhwan melalui permikiran logik , Hanbin tahu tiada apa pun yang mustahil.

"Patutlah Hanbin selalu rasa sesuatu setiap kali Hanbin renung mata Jinhwan."

Hanbin tersenyum. Figura lebih kecil itu dipeluk.

"Jadi tak mustahillah kalau noona tu antara adik-beradik Jinhwan yang jauh terpisah , kan? Dia dah ada keluarga angkat sekarang. Tapi tentu dia masih ingat Jinhwan. Noona pernah cerita tentang benda yang sama."

Hanbin mempunyai naluri yang kuat mengatakan bahawa Seiyeon dan Jinhwan mempunyai pertalian kekeluargaan. Jinhwan sepatutnya gembira kerana dia masih punyai ahli keluarga.

Pelukan mereka terlerai. Jinhwan malu kerana terpaksa menangis di hadapan Hanbin.

"Janganlah menangis. Jinhwan sepatutnya senyum."

Ubun-ubun kepala Jinhwan diusap lembut.

"Nak jumpa noona tak?"

Jinhwan mengangguk laju.

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang