Chapter 46

388 61 49
                                    

---

Setiap saat yang berlalu bagaikan berdetik dengan perlahan. Lelaki bertubuh genit yang masih sibuk melayan perasaan cemburu dan rajuknya terhadap Junhoe dilihat semakin kebosanan.

Jinhwan merenung lama siling bilik yang berada di atasnya. Setelah akhirnya bosan menatap siling yang putih tanpa sebarang corak itu , dia sengaja menyingkap baju yang dipakainya.

Perut gebunya dicucuk-cucuk dengan hujung jari telunjuk. Jinhwan mencebik apabila semakin galak perutnya membuat bunyi-bunyi pelik.

"Laparnya...."

Jinhwan berjalan malas menuruni anak tangga kediaman tersebut. Di fikirannya mula merancang strategi rahsia untuk menyelongkar makanan di dapur yang kini berada di hadapan mata.

Bau yang ternyata sungguh mengiurkan menyapa batang hidungnya. Jinhwan serta-merta memberhentikan langkah. Senyuman lebar mulai kelihatan , menyerikan wajah polosnya.

Bau kepingan daging panggang membawanya ke halaman belakang rumah Junhoe. Sengaja dia duduk di meja bulat yang terletak tidak jauh daripada tempat tuannya sedang menikmati daging panggang tersebut.

"Oh , Jinhwan. Marilah makan. Aku beli banyak daging untuk kau ni."

Junhoe cuba memancing perhatian Jinhwan. Namun , lelaki itu nampaknya mahu terus merajuk.

"Nanak.."

Junhoe semakin seronok hendak menguji Jinhwan. Dia amat yakin bahawa lelaki itu sedang kelaparan.

"Tak nak? Tak apalah kalau macam tu. Daging-daging ni biar aku yang habiskan."

Junhoe mengangkat bahu lalu tersenyum riang. Sengaja dia memandang ke arah Jinhwan apabila dia sedang menikmati kelazatan kepingan daging panggang tersebut.

Jinhwan hampir ternganga. Namun , segera bertindak menutup mulutnya sebelum air liur jatuh meleleh ke atas meja. Apabila Junhoe memandangnya sekali lagi , Jinhwan cepat-cepat mengalihkan pandangan.

Jinhwan akhirnya mengalah semata-mata untuk kebaikan perutnya yang sudah lama mengidamkan daging segar. Langkah diatur perlahan menuju ke arah tuannya. Dengan malu-malu , wajahnya menunduk ke bawah.

"Nak sikit.."

Jinhwan bersuara perlahan. Dengan selamba , tangan Junhoe yang sedang memegang sekeping daging pada penyepit besinya ditarik terus ke mulut. Junhoe tersenyum melihat Jinhwan mengunyah daging tersebut penuh berselera.

"Marilah duduk."

Junhoe menarik pinggang Jinhwan ke arahnya. Jinhwan yang semakin terdorong ke belakang terduduk di atas paha Junhoe.

"Punggung kau ni boleh tahan gebu juga ya."

Wajah Jinhwan merona merah sejurus selepas mendengar kenyataan Junhoe.

"Rasa macam nak picit je. Erggh , geram aku."

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang