Chapter 99

327 49 66
                                    

---

Junhoe POV

"Maaf , Jinhwan. June kena pergi sekarang. Janganlah bersedih , ya? June janji akan luangkan lebih masa dengan Jinhwan malam nanti. Tunggu June , ara?"

Mujurlah jadual aku dah tak padat seperti hari-hari yang sebelumnya. Sejak kebelakangan ni , aku sibuk sangat mengejar dateline projek. Sampaikan makan minum aku sendiri pun tak terjaga.

Jinhwan perlukan teman. Dan aku dah berjanji akan teman dia di sini sampai akhir hayat aku. Memang sengaja aku tanam badan Jinhwan di halaman rumah ni.

Taklah aku rasa berjauhan dari dia lagi.

Ketika aku baru sahaja berniat untuk menghayunkan kaki ke arah kereta , telefon aku bergetar di dalam kocek kot yang aku pakai pada hari ini. Melihat ID pemanggilnya sahaja , aku menzahirkan keluhan berat.

"Yeobuseyo?"

Suara aku langsung tidak kedengaran riang menyambut panggilannya.

"Junhoe. Boleh teman saya sarapan?"

Aku mengemam bibir. Sejak Jinhwan pergi , aku jauh menyendiri. Aku perlukan masa peribadi. Tentu Hirari akan faham keadaan aku.

"Maaf , Hirari.. sayaㅡ"

Dia terlebih dahulu memintas ayat aku.

"Saya cuma nak bercakap dengan awak tentang hal penting. Jangan risau. Saya takkan ambil masa yang lama."

"Baiklah. Kita jumpa di tempat biasa."

Aku memandu pergi ㅡ meninggalkan perkarangan rumah menuju ke kafe yang selalu aku kunjungi untuk dapatkan kopi kegemaran aku.

Dari luar kafe ini , dapat aku lihat susuk tubuh Hirari yang tentunya masih menunggu kedatangan aku sedari tadi.

"Junhoe."

Hirari tersenyum nipis. Dia menjemput aku duduk di kerusi hadapannya.

"Saya tahu awak takkan kesal dengan apa yang akan saya cakapkan ni. Nampaknya perkahwinan kita terpaksa dibatalkan."

Wajah aku kembali diangkat. Aku tak pasti sama ada aku patut gembira ataupun bersedih.

"Saya fikir ini jalan yang terbaik untuk awak. Jadi saya pun putuskan agar perkahwinan kita dibatalkan. Saya tahu awak tak rela. Lagipun , saya akan lanjutkan pelajaran jauh dari sini. Dan awak pula perlu uruskan syarikat. Daripada saling berjauhan nanti , baik kita hentikan sekarang."

Aku terdiam. Jujur , aku tak tahu nak kata apa lagi sekarang ni.

"Kalaulah awak beritahu saya awal-awal tentang hubungan awak dan Jinhwan , saya takkan bersetuju dengan cadangan ayah saya tu. Saya faham. Awak bukanlah lelaki pertama yang saya jumpa ada perasaan pada lelaki lain."

Hirari tersenyum semula.

"Tapi macam mana dengan semua jemputan?"

"Tentang tu , awak tak perlu risau. Ayah saya akan uruskannya. Takziah tentang teman lelaki awak. Saya yakin awak akan jumpa yang lebih baik. Percayalah."

Hirari meminta diri untuk ke syarikat rakaman tempat dia bekerja. Aku turut meninggalkan kafe tersebut tanpa menunggu lama.

Shit!

Aku ada mesyuarat di luar pagi ni! Dan aku tak tahu lokasinya di mana!

Bagus , Junhoe! Bagus!

Dengan cemas , aku berlari ke dalam bangunan.

"Donghyuk! Donghyuk!"

Aku berlari sehingga hampir tersadung kaki kerusi yang ada di ruang menunggu. Nyaris tak jatuh. Kalau tak , naya je aku jadi bahan umpatan pekerja-pekerja di sini nanti.

"June , kenapa lambat? Klien dah tunggu di tapak pembinaan tu."

Donghyuk merengek. Tentu aku akan dibebel olehnya lagi lepas ni.

"Kau pergi sediakan kereta. Nanti aku datang. Fail ada dengan Hani."

Donghyuk hanya mengangguk paksa. Aku terpaksa naik ke pejabat untuk dapatkan fail penting tu. Haih , pagi yang meletihkan.

"Ermm , Koo sajangnim.. Hani baru je letak jawatan tadi. Katanya nak kahwin."

"WHAT?! Kalau dia nak kahwin , itu bukan masalah saya! Sekarang , mana dia letak fail merah saya?!"

Tak pasal-pasal aku kena tinggikan suara. Sudahlah angin aku tak berapa baik. Teruk betul lah mereka ni.

"Tapi , Koo sajangnim... kami dah dapat cari pengganti."

Aku mengangkat tangan ㅡ mengarahkan Hayi untuk menutup mulutnya.

"Cari fail tu. Sekarang!"

Aku turun ke aras bawah dengan lif. Keluar sahaja dari ruang sempit itu , aku kerling jam di tangan sehingga tidak sedar ada seseorang di hadapan.

Aku terlanggar tubuhnya. Tengkuk aku bagaikan ditarik ke hadapan apabila dia jatuh. Dan belum sempat aku memproses apa-apa , aku kini menindih manusia itu. Tangan aku pula....

"Yahhh!"

Pipi aku terasa kebas. Orang disekeliling memandang aku hairan. Macam aku ni baru ditangkap basah pula.

Mata aku mencerlung tajam ke arah manusia yang berani menyentuh pipi gebu aku ni.

Aku terdiam tidak berkutik ㅡ membiarkan badan aku ditolaknya ke tepi dengan begitu mudah.

"Dasar lelaki gatal!"

Lelaki berkaca mata bulat itu menghayunkan kakinya ke arah lif yang terbuka. Mata , hidung dan bibirnya dah mula meyakinkan aku.

Jinhwan dah kembali!

"Jinhwan! Tunggu!"

---










Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang