Chapter 19

447 71 39
                                    

---

Junhoe terus terjaga dari lenanya di saat tubuh lelaki itu merasakan sedikit pergerakan kecil pada permukaan katil miliknya.

Jinhwan dilihat masih terlena di sisi Junhoe. Namun yang kini menjadi persoalan di dalam benak fikirannya adalah keadaan Jinhwan yang sedang menggigil serta dibasahi peluhnya sendiri.

Yang lebih mengejutkan lelaki itu apabila melihat Jinhwan menitiskan air matanya dalam keadaan tidak sedar. Junhoe yang bimbang melihat keadaan itu perlahan-lahan menggoncangkan tubuh kecil Jinhwan.

"Jinhwan."

Tiada respon.

"Jinhwan.."

Lelaki bertubuh genit itu akhirnya terjaga dalam keadaan terkejut. Pernafasannya sama sekali tidak teratur.

Junhoe melekapkan tapak tangannya beberapa kali pada permukaan dahi dan tengkuk Jinhwan.

"Kau sakit ke? Nak kata demam , badan kau tak panas pun."

Jinhwan hanya diam membisu di sisi Junhoe. Bibirnya kelihatan pucat kebiru-biruan. Sukar untuk Junhoe mentafsirkan apa yang telah berlaku kepada lelaki itu.

"Rasa tak sedap badan. Nak peluk , boleh?"

Setelah sekian lama memendam kemahuannya , Jinhwan bersuara perlahan.

Junhoe mengangguk. Senyumannya disembunyikan. Pinggang Jinhwan ditarik merapati dirinya lalu belakang badan ia disokong sebelah tangan Junhoe.

Jinhwan menyembamkan wajahnya pada dada Junhoe tanpa rasa segan. Sebelah tangannya melingkar ke atas pinggang Junhoe. Kini , kedua-dua mereka saling berpelukan.

Junhoe merehatkan dagunya di atas kepala Jinhwan. Sesekali , dia mula memikirkan kembali tentang jawapan Jinhwan di awal tadi.

Sepertinya , Junhoe agak was-was dengan kenyataan Jinhwan bahawa dia berasa kurang sihat. Junhoe sama sekali tidak bersangka buruk. Hanya tertanya-tanya. Dia yakin , Jinhwan cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

"Rehatlah , ya? Nanti aku datang balik."

Ketika Junhoe cuba untuk meleraikan pelukan itu , Jinhwan memeluk lelaki tersebut dengan erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

"Wae geurae?"

Jinhwan memuncungkan bibirnya.

"Janganlah pergi.."

Lelaki bertubuh kecil itu merayu penuh harapan.

"Laaa.. aku nak ke tandas je. Dari tadi aku asyik menahan , tahu? Kenapa? Nak ikut ke?"

Junhoe tersenyum nakal. Jinhwan menggeleng laju. Wajahnya merah padam menahan rasa malu.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang