Chapter 96

259 49 36
                                    

---

Dengkuran halus yang diperdengarkan oleh Jiwon pada ketika itu menunjukkan bahawa dia masih lagi lena dibuai mimpi.

Setelah semalaman Hanbin cuba untuk memujuk dan menenangkan makhluk hybrid itu , usaha Hanbin akhirnya membuahkan hasil.

Jiwon di dalam dakapannya kini merupakan manusia yang sentiasa berada di sisinya ㅡ setia bukan hanya sebagai seekor anjing berbaka husky , tetapi juga seorang teman lelaki kepada Hanbin.

Sudah hampir 4 tahun mereka tinggal bersama. Jiwon berjaya menceriakan kehidupan suram Hanbin setelah Jinhwan meninggalkan bumi Korea.

Sama seperti Jinhwan , Jiwon juga merupakan makhluk istimewa yang lahir dengan dua genetik berbeza ㅡ haiwan dan juga manusia.

Hanbin mengucup lembut dahi Jiwon lalu membelai ubun-ubun kepalanya.

"Saranghae.."

---

Jinhwan berjalan lemah menuju ke arah dapur. Kelibat mahupun batang hidung Hanbin dan Jiwon langsung tidak kelihatan di mana-mana.

Dapur serta ruang tamu rumah itu dirasakan suram pula tanpa suara mereka yang saling bergurau-senda tidak kira tempat dan masa.

Barangkali pasangan kekasih itu masih lena dibuai mimpi indah. Tidak seperti Jinhwan. Dia mengalami mimpi ngeri dan akhirnya sekadar terlelap untuk beberapa jam.

Jinhwan bermimpi dia menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Junhoe.

Jika benarlah dia akan mati di sisi lelaki itu , dia gembira.

Jinhwan yakin jangka hayatnya semakin pendek berikutan genetik kucing yang berada di dalam badannya. Kebanyakan kucing seperti Jinhwan hanya mampu untuk hidup dalam 4 ke 5 tahun sahaja.

Walaupun menjadi makhluk istimewa ini benar-benar mengujakan , ternyata ada juga kesulitan yang perlu dia tempuhi.

Mata Jinhwan tertancap pada peranti komunikasi yang ditinggalkan di atas meja makan. Telefon tersebut kepunyaan Hanbin.

Jinhwan menghidupkan skrin. Hanbin tidak menggunakan sebarang kata laluan untuk mengakses masuk ke aplikasi-aplikasi di dalam telefonnya.

Jinhwan menekan ikon senarai kenalan. Nama Junhoe ditaip. Tanpa teragak-agak , Jinhwan menekan pula nombor yang tertera di skrin telefon Hanbin.

Jinhwan hanya mahu mendengar suara Junhoe. Rindu.

"Hanbin? Ada apa call pagi-pagi buta macam ni?"

Suara Junhoe kedengaran serak-serak basah. Barangkali , panggilan Jinhwan tidak kena dengan waktunya.

Siapa sahaja yang akan bangkit dari tidur mereka pada pukul 6.30 pagi di hari Ahad seperti ini?

Jinhwan sekadar diam membisu. Sesekali , dia tersenyum sendirian apabila mendengar betapa menggodanya suara Junhoe walaupun lelaki itu baru sahaja bangkit dari tidurnya.

Air mata Jinhwan gugur lagi. Dia akan rindu segala-galanya tentang Junhoe nanti. Ini sahajalah masa yang ada untuk dia mengubat rasa rindunya itu.

"Hanbin?"

Jinhwan ingin sekali mengucapkan tahniah serta meminta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Junhoe nanti walhal dia tidak menerima sebarang kad jemputan.

Telefon yang masih melekat di telinga Jinhwan dirampas seseorang yang tiba-tiba muncul dari belakangnya.

"Ah , Junhoe. Maaflah. Aku tak sengaja tekan 'call' tadi. Okay , bye."

Hanbin terus menekan ikon merah untuk memutuskan panggilan. Telefonnya diletakkan ke atas meja.

"Kenapa diam je? Tak nak beritahu June yang Jinhwan ada di sini?"

Jinhwan menggeleng lemah.

"Jinhwan bahagia kalau June bahagia. Biarlah dia nak berkahwin dengan sesiapa pun. Jinhwan masih gembira."

Lelaki bertubuh genit itu tersenyum paksa.

"Hanbin nak tanya ni. Kenapa Jinhwan kata yang Jinhwan dah tak kuat? Jinhwan sakit apa?"

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang