Chapter 06

628 92 59
                                    

---

Hari ini , Junhoe bangkit lebih awal dari biasa. Tanpa memikirkan langsung soal kebersihan diri , Junhoe meninggalkan bilik tidurnya untuk ke dapur yang berada di aras bawah. Jinhwan yang dilihat masih terlena di atas bantalnya ditinggalkan bersendirian.

Si kecil itu terus membuka mata sebaik sahaja mengesan bau Junhoe yang semakin menjauhinya. Telinganya turut bergerak-gerak bagi mengesan bunyi tapak kaki tuannya yang kini sedang menuruni anak tangga.

Jinhwan mengeliat ㅡ merenggangkan tubuhnya dengan punggung yang sedikit melentik lalu menguap. Jinhwan duduk. Kakinya masih sakit. Tetapi sekurang-kurangnya sedang beransur pulih.

Jinhwan berjalan perlahan mengelilingi katil tuannya. Melihat ketinggian untuk ia melompat turun ㅡ Jinhwan gayat. Dengan keadaan kakinya yang masih sakit , mana mungkin Jinhwan mampu untuk melompat dari aras tinggi seperti itu.

Mungkin tidaklah begitu tinggi untuk kucing biasa. Namun , katil Junhoe sudah cukup tinggi bagi si kecil itu.

Lain pula ceritanya di dapur. Junhoe tercari-cari stok barang dapur yang dibeli oleh sahabatnya minggu lepas. Hasilnya , Junhoe hanya mampu menggaru kepala.

Donghyuk sudah diibaratkan lebih daripada seorang abang. Bukan setakat menjaga makan minum Junhoe , barang keperluan sahabatnya juga akan dibeli. Malah , rumah Junhoe juga dikemasnya.

Junhoe sememangnya pemalas. Hanya mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa. Oleh sebab sayang , Donghyuk mengikut sahaja kehendak Junhoe.

Sepanjang cuti sekolah ini , terpaksalah Junhoe hidup tanpa bantuan Donghyuk. Entah bagaimanalah ragamnya nanti.

Mujurlah ada sebungkus buku roti yang masih belum tamat tarikh luputnya. Junhoe menghidupkan suis alat pembakar roti. Dua keping roti dimasukkan ke dalamnya.

Junhoe mengeluarkan jem dan kotak susu dari peti sejuk. Susu segar dituang ke dalam gelas kaca lalu diteguk sekali.

Selesai dua keping rotinya dibakar , Junhoe mengangkatnya satu-persatu ke atas pinggan. Separuh ternganga mulutnya melihat roti yang sudah terbakar hangus itu. Junhoe mengeluh.

Ternyata permulaan hari yang sangat buruk buat dirinya.

Junhoe memusingkan tubuhnya untuk meletakkan pinggan itu ke atas meja. Hampir terloncat Junhoe melihat Jinhwan yang sedang duduk di atas meja , merenungnya dengan mata yang tidak henti-henti berkedip. Lelaki itu mengurut dadanya lembut.

"Terkejut aku.."

Junhoe memandang dua keping roti hangus di atas pinggannya. Dia kemudiannya menolak pinggan tersebut menghampiri Jinhwan.

"Kau lapar sangat kan malam tadi? Nah , makan ni. Sedap tau."

"Meow?"

Jinhwan menghidu objek tersebut sebelum perlahan mengundur. Junhoe silap. Ternyata anak kucing seperti Jinhwan tidak mudah diperbodohkan.

Junhoe membuat roti bakar yang baharu. Segelas susu segar di atas meja menjadi perhatian Jinhwan. Bersusah-payah anak kucing itu memasukkan badan kecilnya ke dalam gelas kaca tersebut ㅡ cuba merasai sisa cecair itu yang berada di dasar gelas.

Jinhwan teruja tatkala hujung lidahnya berjaya merasai susu yang dituang oleh Junhoe tadi. Figura tinggi itu kembali menoleh. Melihat separuh daripada tubuh Jinhwan yang sudah tersekat di dalam gelas kaca itu , Junhoe panik.

"Jinhwan!!!"

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang