Chapter 36

375 59 26
                                    

---

Jinhwan segera berlari anak ke arah pintu utama kediaman itu sejurus selepas gegendang telinganya menangkap bunyi loceng yang ditekan beberapa kali dari luar rumah.

Sebagaimana reaksinya ketika Chanwoo muncul buat kali pertama , Jinhwan terkebil-kebil melihat lelaki yang berada di hadapannya pada saat itu.

"Oh my God..."

Lelaki itu kelihatan benar-benar terkejut apabila mata mereka saling bertemu.

Jinhwan dipandang oleh lelaki tersebut dari atas ke bawah sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada Jinhwan sendiri.

Kedua-dua belah pipi gebu Jinhwan kemudiannya dipegang dan dicucuk dengan jari telunjuk lelaki itu.

"Aku tak bermimpi , kan?"

Lelaki itu berbisik perlahan. Jinhwan mengerutkan dahinya. Siapa pula lelaki ini? Apa hubungannya dengan Junhoe? Dan apa yang membuatkannya datang ke sini?

"My little munchkin.. you really exist!"

Lelaki itu tersenyum sambil bertepuk riang. Tubuh kecil Jinhwan dipeluk erat. Tidak cukup dengan itu , badan Jinhwan dipusing dengan begitu mudah.

Pada masa yang sama , Junhoe muncul dari dapur sebaik sahaja mendengar teriakan keriangan lelaki itu.

"Donghyuk? Kau dah balik?"

Junhoe kelihatan agak kecut perut pada awalnya. Risau pula jika Donghyuk mengetahui hal sebenar yang sememangnya tidak masuk akal!

"June , mana Jinhwan aku?"

Sengaja Donghyuk menduga sahabatnya yang sudah lama dirindui sejak cuti sekolah yang lalu. Junhoe meneguk liur tatkala mendengar soalan cepumas tersebut.

Bagaimana Junhoe hendak berterus terang tentang keadaan Jinhwan?

Jinhwan memandang tuannya dan Donghyuk silih berganti. Sesungguhnya , dia tidak faham akan situasi ini.

"June , aku rindu Jinhwan. Mana dia?"

Sekali lagi Donghyuk bertanya. Junhoe semakin tidak keruan. Jinhwan dengan naif cuba menyelamatkan keadaan. Sebelah tangannya diangkat ke udara.

"Sayalah Jinhwan."

"Dah agak!"

Donghyuk bersorak riang. Junhoe dan Jinhwan saling berpandangan antara satu sama lain.

"June , you better explain everything to me.."

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang