Chapter 98

317 45 90
                                    

---

Hanbin POV

Aku perhatikan sahaja tubuh Jiwon yang sedang terlantar koma di atas katilnya.

Bahkan , bola mata aku sendiri tidak lepas-lepas daripada memandang keadaan setiap inci dan anggota tubuh teman lelaki aku itu. Aku rasa terhimpit. Dada aku sesak seperti baru sahaja dihempap batu konkrit.

Hidung serta mata aku masing-masing terasa pedih. Aku tidak pernah membayangkan diri aku menangis dan lemah sebegini.

Tentu muka aku nampak buruk bila menangis , tidak begitu?

Aku kuatkan semangat. Demi Jiwon , aku kena kuat. Aku membuka langkah perlahan merapatinya. Aku henyakkan punggung aku pada kerusi yang berada di sisi katil Jiwon.

Sengaja aku minta dia dipindahkan ke wad kelas pertama. Aku nak beri Jiwon keselesaan sehinggalah dia sedar nanti. Aku juga perlukan privasi supaya aku boleh bercakap dengan dia secara terbuka.

Mujurlah aku ni lelaki yang sentiasa berduit.

Keadaan dia ternyata lebih teruk daripada apa yang pernah menimpa Jinhwan 3 tahun lalu.

Aku juga sempat bercakap dengan doktor yang membuat pembedahan kecil serta ujian X-ray ke atas Jiwon sebelum dia dibawa ke sini.

Doktor itu ada memaklumkan kepada aku bahawa Jiwon kehilangan banyak darah semasa kejadian tu.

Jiwon dikatakan turut mengalami kecederaan tengkuk yang memaksanya untuk memakai cervical colar di sekitar bahagian lehernya. Kepala Jiwon pula dibaluti kain kasa selepas pembedahan kecil untuk membuang darah beku di kepalanya berjalan lancar.

Aku juga difahamkan bahawa Jiwon akan koma dalam jangka masa yang panjang. Sebulan? Dua bulan? Bahkan , mungkin setahun?

Lihat sahajalah jumlah kecederaan teruk yang dialami oleh Jiwon. Keadaan dia tidak akan kritikal sebegini jika dia hanya dilanggar kereta.

Tetapi situasinya sekarang , Jiwon telah dilanggar lori yang menyebabkan dia koma dan terlantar di atas katil hospital.

"Kenapa semua ni boleh terjadi pada kau , Jiwon?"

---

Junhoe POV

"Jinhwan!!"

Berkali-kali aku cuba pulas pemegang pintu rumah Hanbin. Dada aku berdebar kencang. Panggilan aku sedari tadi masih tidak bersahut. Mustahil Jinhwan keluar dalam keadaannya yang tidak berapa sihat itu.

Aku mengambil jalan singkat dengan merempuh pintu rumah Hanbin sekuat hati. Biarlah pintu ni tercabut sekalipun. Bukannya aku tak mampu untuk bayar ganti rugi.

Ubah suai seluruh rumah Hanbin ni pun aku mampulah. Petik jari saja.

Akhirnya , aku berjaya juga masuk ke dalam. Mata aku tercari-cari susuk tubuh Jinhwan. Aku harap masih belum terlambat untuk aku perbetulkan keadaan ni.

Aku cari Jinhwan di setiap bilik yang ada. Dan aku akhirnya temui Jinhwan di biliknya ㅡ sedang tertidur lena.

Aku mengambil sedikit masa untuk menarik nafas dalam sebelum perlahan-lahan merapatinya.

Aku baring di sisi Jinhwan. Dah lama aku tak lihat dia dalam bentuk kucing seperti ini. Aku tersenyum sendirian sambil bermain-main dengan telinga kucingnya.

Biarlah Jinhwan terus tertidur. Aku tak sampai hati nak ganggu. Seketika kemudian , aku terlihat lipatan kertas di bawah perutnya. Perlahan-lahan aku tarik.

Apabila aku buka lipatan kertas tersebut , dahi aku berkerut. Adakah ini tulisan tangan Jinhwan? Nampaknya dia dah banyak berubah.

Koo Junhoe. Jinhwan dengar yang June akan berkahwin tak lama lagi. Tahniah. Jinhwan harap June bahagia dengan pilihan hati June tu. Maaf sebab tak beritahu June yang Jinhwan dah kembali ke sini. Ingatkan nak buat kejutan. Tapi , June nampak sibuk. Tak apalah. Mungkin kita takkan berjumpa. Jinhwan cuma nak June tahu yang Jinhwan sayangkan June. Terpulanglah sama ada June masih sayangkan Jinhwan atau tidak , perasaan ni takkan berubah sampai Jinhwan mati. Tolong sampaikan ucapan terima kasih pada Hanbin sebab jaga Jinhwan dengan baik. Terima kasih juga pada June. Banyak memori manis yang akan Jinhwan ingat. Tapi , sayangnya... mungkin di saat June baca surat ni , Jinhwan dah tak ada. Maafkan Jinhwan sebab tak tunggu June.

- Jinhwan -

Terketar-ketar tangan aku memegang helaian kertas itu. Sebelah tangan aku kini menekup mulut yang kelu tidak terkata.

Mata ini mulai berkaca melihat tubuh Jinhwan di sisi aku. Masih tidak bergerak. Kaku terbaring dengan matanya yang terpejam rapat.

"Jinhwan?"

Perut kucing itu aku sentuh. Jinhwan dah tak bernafas. Air mata aku mengalir laju menangisi pemergiannya.

"Jinhwan!!!"

---





Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang