Chapter 66

338 50 14
                                    

---

Meneliti serta mentafsir reaksi figura di hadapannya yang kelihatan agak terkejut selepas diajukan soalan seperti itu , harapan Junhoe untuk memiliki hati Jinhwan seakan-akan semakin menipis.

"Tapi Jinhwan tak yakin boleh hidup lama di sisi June. Manusia mungkin boleh hidup sampai 90 tahun. Tapi jangka hayat kucing tak lama."

Sejujurnya , Jinhwan tidak hanya gusar memikirkan tentang soal hidup dan matinya. Dia juga risau sekiranya tidak dapat memberikan apa yang diinginkan oleh Junhoe.

Tambahan , Jinhwan kini keliru dengan perasaannya sendiri. Walaupun dia sudah membesar menjadi kucing dewasa daripada bentuk fizikal yang lain , Jinhwan tidak dapat membuat keputusan dengan rasional.

"Jinhwan tak boleh terima ni , June. Jinhwan minta maaf."

Dengan serba salah , Jinhwan meletakkan kotak cincin itu kembali ke tangan pemberinya. Dia berjalan laju menghala ke bilik air.

"Dia tak suka ke cincin ni? Atau mungkin dia perlukan masa?"

---

Jinhwan segera melangkah pergi , meninggalkan perkarangan rumah Junhoe selepas apa yang telah berlaku pada awal pagi itu.

Jinhwan tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Setiap suasana di dalam rumah itu seakan-akan hanya membuat mereka berdua kekok terhadap satu sama lain.

"Jinhwan!"

Dari jauh , Jinhwan dapat melihat susuk tubuh seseorang yang bertubuh agak tinggi dan kurus sedang melambai-lambai ke arahnya.

Salji mulai turun. Mujurlah Jinhwan berpakaian agak tebal pada pagi itu. Lelaki tadi berlari menghampirinya.

"Hanbin.."

Jinhwan terkebil-kebil memandang lelaki di hadapannya.

"Jinhwan nak pergi kafe , kan? Mari kita jalan sama-sama."

Hanbin tersenyum manis. Tangan Jinhwan dipegang kemas dalam genggamannya. Wajah Jinhwan perlahan-lahan merona merah.

"Jadi inilah sebab dia tolak permintaan aku?"

Junhoe yang hanya mampu memerhatikan kedua-dua manusia di lorong sunyi itu melalui tingkap biliknya mengeluh halus.

Nampaknya bukan Junhoe seorang sahaja yang mahukan perhatian Jinhwan. Malah , Hanbin juga sepertinya meminati lelaki bertubuh kecil itu.

Junhoe telahpun menemui saingannya.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang