Chapter 67

295 47 12
                                    

---

"Hanbin..... tak pergi sekolah ke hari ni?"

Figura bertubuh kecil itu sehinggakan terpaksa mendongak sedikit ke atas , hanya untuk memandang wajah lelaki yang lebih tinggi di sisinya. Bagi menghilangkan rasa janggal , Jinhwan memberanikan dirinya untuk memulakan perbualan.

Dia hanya risau sekiranya Hanbin berasa tidak selesa kerana dirinya yang terlalu mendiamkan diri.

Hanbin tersenyum.

"Hari ni Sabtu lah Jinhwan. Mana ada orang sekolah hari ni."

Jinhwan menjuihkan bibir. Dia sepatutnya sudah menjangkakan jawapan seperti itu dari Hanbin.

'Patutlah Junhoe bangun lambat hari ni.'

Jinhwan mengetuk kepalanya beberapa kali , mengundang tawa geli hati dari figura yang sedang melihat telatah melucukannya itu.

"Comel lah Jinhwan ni.."

Hanbin menarik bahu Jinhwan merapatinya lalu dipeluk dari sisi. Jinhwan mengemam bibirnya , cuba menahan debaran di dada.

Sampai sahaja di kafe tempat Jinhwan bekerja , Hanbin terus menarik tangan lelaki itu untuk duduk di sisinya.

"Noona , boleh tak Hanbin bawa Jinhwan keluar hari ni?"

Hanbin bingkas bangun dari kerusinya apabila melihat pemilik kafe yang juga majikan Jinhwan datang menghampiri mereka.

"Eh , tak perlulah sampai macam tu. Kesian pula noona buat kerja seorang diri nanti."

Jinhwan memegang tangan Hanbin , cuba untuk menolak cadangan lelaki itu dengan baik. Sungguhpun dia mahu berehat , Jinhwan tidak mementingkan diri sendiri.

Meninggalkan gadis itu menguruskan kafe ini seorang diri hanya akan membuat Jinhwan serba salah.

"Tak apalah , Jinhwan. Noona memang rancang nak beri kamu cuti esok. Tapi si Hanbin ni nak bawa kamu keluar pula hari ni."

Hanbin tersenyum lebar. Dia kemudiannya memandang gadis itu dan Jinhwan silih berganti. Sepertinya , dia sedang meneliti wajah kedua-dua mereka.

"Muka Jinhwan ni ada iras noona lah."

Jinhwan dan majikannya saling berpandangan.

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang