Chapter 14

452 73 54
                                    

---

Masam mencuka wajah Jinhwan pada ketika itu. Rajuknya terhadap Junhoe masih berkekalan sehingga ke saat ini. Mahu atau tidak , dia terpaksa juga menurut arahan tuannya itu.

Sudahlah dia langsung tidak mengemari sebarang bentuk cecair. Inikan pula dipaksa berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi air.

Junhoe kini sedang mencuci rambut Jinhwan. Memandangkan dia tiada peralatan mahupun barang mandian yang khusus untuk kucing , sekali lagi dia terpaksa menggunakan barang miliknya.

Jinhwan yang kebosanan mula bermain dengan buih-buih yang memenuhi permukaan air di dalam tab mandi tersebut. Badannya yang basah sudah tidak dipedulikan lagi.

Selesai mencuci rambut Jinhwan dengan syampu miliknya , Junhoe meletakkan sedikit cecair sabun mandian di atas telapak tangan lalu digosok pada belakang badan lelaki itu. Habis basah baju Junhoe gara-gara terkena percikan air yang sengaja dibuat-buat oleh Jinhwan. Kebudak-budakan sungguh.

Oh , mandi bersama? Tidak sama sekali.

Junhoe sendiri pun tidak rela badannya dilihat orang lain. Inikan pula hendak diperlihatkan kepada lelaki bertubuh genit itu. Nampaknya , memandikan Jinhwan akan menjadi rutin harian yang baru buat Junhoe.

---

Sorry for late update! Nani janji nak update tiap hari. Tapi trial exam dah makin dekat. Phone pula rosak eyy --"

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang