Chapter 97

279 46 106
                                    

---

"Sejujurnya , Jinhwan rasa lemah dan tak berdaya bila berjauhan dengan Junhoe. Atau mungkin saja sebab ajal Jinhwan dah dekat."

Bersungguh-sungguh Jinhwan menahan cecair jernih di tubir matanya. Gagal.

Air matanya dibiarkan sahaja mengalir. Hanbin yang melihat keadaan itu hanya diam membisu.

Ajal?

Apa yang telah membuatkan Jinhwan berfikiran seperti itu?

"Pada awalnya , Jinhwan ikut Seiyeon noona ke Jerman hanya dengan tujuan untuk berjumpa dan berkenalan dengan keluarga angkat kami. Omma dan appa pernah bercakap tentang pelajaran Jinhwan. Masa tu , Jinhwan rasa rendah diri sebab tak tahu apa-apa pun. Tapi , mereka beri Jinhwan peluang untuk belajar di Jerman. Walaupun susah sebab Jinhwan tak pernah belajar macam manusia , Jinhwan tak pernah mengalah. Semuanya sebab Junhoe. Jinhwan gigih belajar semata-mata untuk setaraf dengan Junhoe."

Jinhwan cukup bernasib baik. Kebetulan pula , ibu angkatnya pernah menjadi seorang guru yang mengajar di sekolah menengah.

Tetapi akhirnya , sekadar menjadi suri rumah sepenuh masa selepas pasangan suami isteri itu berhijrah ke Jerman.

Ibu angkatnya itu jugalah yang membimbing Jinhwan dalam setiap pelajaran yang telah dia ketinggalan. Jinhwan memilih untuk mengambil jurusan kemanusiaan.

Dalam masa tiga tahun sahaja , Jinhwan sudah fasih berbahasa Jerman dan Inggeris.

"Jadi , kenapa diam je masa Jinhwan call dia tadi? Kenapa tak nak jumpa June? Jinhwan dah mengalah ke?"

Buat kali kedua , Hanbin masih bertanyakan soalan yang sama. Lelaki itu tahu bahawa Jinhwan masih berat hati untuk melupakan Junhoe kerana dia juga pernah mengalami detik yang sama.

Dia juga pernah mencintai seseorang dan terpaksa melupakan lelaki itu demi kebahagian sahabatnya , Koo Junhoe. Tetapi ini bukanlah apa yang dia harapkan setelah melepaskan Jinhwan pergi.

Dia mahu kedua-dua orang insan ㅡ sahabatnya juga lelaki yang pernah dicintainya hidup bersama dan bahagia. Tetapi , lain pula yang berlaku.

Junhoe telah mengecewakan Jinhwan. Dan secara tidak langsung , Hanbin juga terluka.

Mungkin jika dia tidak berputus asa dengan Jinhwan terlalu cepat , masih ada peluang yang terbuka buatnya.

Tetapi , Hanbin bukanlah lelaki yang pentingkan dirinya sendiri.

"Jinhwan cuma rindu suara June. Manalah tahu kalau Jinhwan mati nanti , tentu Jinhwan dah tak dapat dengar suara dia."

Bibir pucat Jinhwan kini dilihat terketar-ketar. Wajah polosnya pula basah gara-gara air mata yang tidak henti-henti mengalir. Hanbin mencengkam bahu lelaki bertubuh genit itu.

"Berhenti cakap macam tu , boleh tak?! Jinhwan takkan mati! Kalau Jinhwan taknak cakap dengan June , biar Hanbin yang beritahu dia!"

Esakan Jinhwan yang semakin menjadi-jadi membuatkan Hanbin sedar akan apa yang telah dia lakukan. Dia terlalu beremosi sehingga lelaki ini pula yang menjadi mangsa herdikannya.

Tubuh kecil Jinhwan ditarik ke dalam dakapan hangat Hanbin. Ubun-ubun serta dahinya dikucup lembut.

"Hanbin sayangkan Jinhwan. Maafkan Hanbin sebab tak berjaya buang perasaan ni jauh-jauh."

Hanbin berbisik halus sambil mengalirkan air mata kejantanannya. Tamakkah Hanbin sekiranya dia masih mencintai Jinhwan sehingga ke saat ini?

Bagaimana pula Jiwon yang sentiasa menginginkan perhatian dan kasih sayangnya?

"Hanbin jangan beritahu June yang Jinhwan ada di sini , ya?"

Hanbin mengangguk. Walaupun dia seharusnya hormat dengan keputusan Jinhwan , dia juga tidak mahu Junhoe menyesal di kemudian hari.

---

"Ada apa nak jumpa aku ni? Kata urgent sangat. Cakaplah. Kejap lagi aku nak kena pergi ambil gaun perkahwinan Hirari di butik."

Junhoe sempat mengerling jam di tangannya. Dia tidak mahu Hirari menunggu lama. Lelaki bersut lengkap itu kemudiannya menyisip kopi yang dipesan mereka.

"Jinhwan ada di sini."

Kenyataan Hanbin membuatkan mata lelaki itu kini memandang tepat ke dalam anak matanya. Junhoe meletakkan cawan itu perlahan-lahan ke atas meja.

"Dia tahu yang kau dah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Dia kecewa sangat-sangat."

Ekspresi wajah Hanbin kekal mendatar. Kening Junhoe berkerut seketika. Bayangan di mana dia menerima panggilan telefon di awal pagi tempoh hari kembali terlintas di fikirannya.

Dia mendapat panggilan daripada Hanbin di awal pagi hari Ahad itu. Tetapi apabila ditanya , tiada pula yang menjawab. Sesekali , kedengaran esakan halus di hujung talian.

Siapa sahaja yang tidak berasa curiga?

"Sebenarnya , dia taknak aku beritahu apa-apa pada kau. Jinhwan kerap jatuh sakit kebelakangan ni. Muntah , demam , batuk berdarah dan pengsan juga. Dia asyik cakap yang dia akan mati."

Junhoe terdiam. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana Jinhwan melalui saat perit itu seorang diri.

"Aku nak jumpa dia."

Junhoe buntu sama sekali. Dia masih cintakan Jinhwan. Dia tidak mahu kehilangan Jinhwan buat kali kedua.

Deringan telefon Hanbin meredakan suasana suram di dalam kafe tersebut.

"Yeobuseyo?"

"Encik ada kenalan bernama Jiwon ke? Sebab encik orang terakhir yang dia hubungi."

"Ya , saya kenal dia. Kenapa ya?"

"Dia terlibat dalam kemalangan langgar lari. Keadaan dia kritikal sekarang ni. Saya harap encik boleh datang Hospital Haesung."

"Baiklah. Saya ke sana sekarang."

Hanbin dan Junhoe serentak berdiri. Masing-masing berlari keluar daripada kafe tersebut menuju ke arah kereta mereka. Hanbin menuju ke hospital , manakala Junhoe menuju ke rumah Hanbin.

---







Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang