Chapter 58

357 59 14
                                    

---

Suasana di meja makan pada malam itu tidak pula semeriah malam yang sebelumnya. Pn. Koo sempat menjeling kedua-dua lelaki teruna itu. Masing-masing nampaknya diam tanpa berkata apa-apa.

"Apa hal dengan kamu berdua ni? Jinhwan , Junhoe ada buat apa-apa pada kamu ke?"

Junhoe dan Jinhwan serentak mengangkat wajah. Kedua-dua mereka saling berpandangan antara satu sama lain sambil diperhatikan Pn. Koo sendiri.

"Taklah.. kenapa omma fikir macam tu?"

Jinhwan tersenyum palsu. Lelaki itu berdiri dari tempat duduknya lalu meminta diri untuk naik ke bilik.

"Junhoe , malam ni kamu basuh pinggan. Omma sakit kaki."

Junhoe ditinggalkan seorang diri di meja makan. Terpaksalah Junhoe menurut nampaknya.

---

"Lenguhnya tengkuk..."

Junhoe mengadu sendirian. Tangga dipanjat menuju ke bilik tidurnya. Pintu yang tidak bertutup rapat ditolak perlahan. Mungkinkah Jinhwan sudah tertidur?

Jinhwan hampir terjerit kecil apabila Junhoe tiba-tiba sahaja melangkah masuk ketika dia masih dalam keadaan berkemban.

Hanya tuala putih sahaja yang dilihat membaluti bahagian bawah tubuhnya. Itupun sudah terlucut ke bawah gara-gara terperanjat dengan keberadaan Junhoe di situ.

Junhoe memandang tubuh Jinhwan dari atas ke bawah tanpa berkedip. Dia akui , seluar tidur yang dipakainya semakin ketat.

"Junhoe...."

Wajah Jinhwan merah padam apabila dilihat Junhoe dengan cara begitu. Jinhwan dihampiri selangkah demi selangkah. Jinhwan terduduk di atas katil dalam keadaan bingung seolah-olah dipukau dengan pandangan mata Junhoe.

"Kau nak sangat mengawan , kan?"

Jinhwan diam. Badan kecil lelaki itu kemudiannya dirangkul Junhoe. Kedua-dua mereka kini berada di atas katil dalam keadaan Junhoe menindih Jinhwan.

"Biar aku jadi pasangan kau malam ni."

---



Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang