Chapter 93

252 42 73
                                    

---

Jinhwan cemburu.

Cemburu tatkala melihat betapa mesra dan utuhnya hubungan kasih sayang di antara Hanbin dan Jiwon sehingga kadang-kalanya menimbulkan rasa kesal di hati Jinhwan kerana pernah menolak cinta Hanbin.

Sejujurnya , dia amat menghargai keberanian Hanbin untuk berterus terang tentang perasaannya 3 tahun lalu.

Tetapi pada ketika itu , dia masih punyai harapan yang tinggi agar Junhoe dapat menerimanya kembali.

Itu sekadar kisah lama. Kini , dia juga bergembira bagi pihak Hanbin kerana berjaya menemui cintanya. Dia turut mendoakan agar kebahagiaan mereka berkekalan.

Tetapi bagaimana pula dengan dirinya yang sekarang? Malang , kecewa , sedih dan ketakutan?

Malang kerana ditinggalkan Junhoe.

Kecewa kerana Junhoe tergamak menyembunyikan statusnya dan berbohong.

Sedih kerana bakal kehilangan satu-satunya manusia yang dia sayangi lebih daripada dirinya sendiri.

Dan ketakutan sekiranya dia tidak sempat meluahkan apa yang terpendam selama dia dipertemukan dengan Junhoe sebelum maut datang menjemputnya.

"Tengok , habis kotor dapur ni."

Hanbin mencebik manja. Geram Jiwon melihat bibir teman lelakinya itu. Mahu sahaja digigit seperti gula-gula kunyah.

"Alololo... comelnya dia.."

Jiwon mencubit pipi Hanbin. Kini , lelaki itu berpeluk tubuh pula. Bibir , pipi , lengan serta lehernya dicalit dengan krim putar.

Hanbin mengeluh berat. Sebelum mereka menjadi pasangan kekasih , tidak pula Jiwon berperangai pelik sebegini.

Barangkali kerana dia juga sama seperti Jinhwan ㅡ bukan manusia sepenuhnya. Bersikap normal hanya sebagai penyamaran. Tidak begitu?

"Jiwon... kita sepatutnya buat cupcake untuk Jinhwan. Dah lupa ke?"

Hanbin merengek ㅡ menghentakkan kakinya pada lantai dapur itu. Krim putar yang dicalit Jiwon pada bibirnya dikesat dengan belakang tapak tangan.

"Cupcake?"

Hanbin dan Jiwon serentak menoleh ke arah suara itu.

---

Kek cawan di hadapan Jinhwan dipandang kosong.

"Tadaaa!"

Junhoe membuka kotak yang dibawa pulang olehnya betul-betul di hadapan mata Jinhwan.

"Eo? Cupcake?"

Jinhwan tersenyum lebar.

"Ingatkan June cuma bergurau.."

Lelaki itu kemudiannya menghenyakkan punggung di sisi Jinhwan. Belakang kepala Jinhwan ditarik merapatinya lalu bibir kedua-dua mereka saling bersentuhan.

"Apa salahnya kalau aku belikan untuk kau , kan?"

Jinhwan menekup mulutnya. Memori manis yang masih terpahat di ingatan lelaki itu mula membuatkan hatinya terluka kerana terlampau merindui Junhoe.

Jiwon dan Hanbin saling berpandangan. Masing-masing tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Hanbin merasakan dadanya bagai dihempap batu yang berat. Melihat Jinhwan menangis di hadapan matanya melemahkan lelaki itu.

Hanbin keliru dengan perasaannya sendiri. Adakah hatinya terhadap Jinhwan masih tidak berubah?

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang