Chapter 10

526 80 67
                                    

---

Junhoe masih hanyut dibuai mimpi meskipun matahari sudah berada tegak di atas kepalanya. Perlahan-lahan , cahaya matahari yang menembusi fabrik nipis langsir bilik itu menerpa terus ke wajah tampan Junhoe.

Lelaki muda itu mula mengeliat kecil. Kornea mata Junhoe yang masih tidak biasa dengan pengcahayaan bilik itu membuatkan satu figura manusia di hadapannya kelihatan agak samar-samar.

Dan figura itu turut terbaring seperti Junhoe. Cuma yang membezakan kedua-dua mereka hanyalah keadaan tubuh figura yang sedikit membongkok ke hadapan itu. Bukan itu sahaja. Malahan , ia juga dilihat seperti sedang tidur dengan begitu nyenyak bersama ibu jari kanan yang tersorok di antara kedua-dua ulas bibir kecilnya.

Mata Junhoe membuntang luas tatkala pandangannya kian jelas. Melihat figura bertubuh genit yang tidak dikenali itu terbaring tenang di sisinya , Junhoe terkejut.

Tambahan pula , dengan keadaannya yang tidak dibaluti seurat benang melainkan comforter tebal milik Junhoe. Lelaki itu terus terduduk dari pembaringannya.

Pelik. Dari mana datangnya lelaki ini?

Dan di mana pula Jinhwan?

Lambat-lambat , lelaki bertubuh genit itu kemudiannya tersedar dari lena. Ternyata pergerakan mengejut Junhoe tadi telah mengganggu tidurnya. Lelaki itu mula terpisat-pisat sambil menguap kecil. Seperti kebiasaan , dia akan mengeliat sejurus selepas terjaga dari tidur. Ia memandang Junhoe lama dengan mata yang tidak henti-henti berkedip.

"Oh , tuan dah bangun?"

Kening Junhoe bertaut rapat.

"Siapa tuan kau?!"

Junhoe semakin ngeri untuk berada dekat dengan lelaki itu. Sudahlah langsung tidak dikenali Junhoe. Entah bagaimana pula lelaki ini boleh tersesat sehingga ke dalam biliknya.

"Ini sayalah , Jinhwan."

Mulut Junhoe terlopong luas ㅡ langsung tidak mempercayai kata-kata lelaki itu.

"Jangan nak main-mainlah , hantu! Aku tak ada masa nak bergurau!"

Melihat kepada kulit badan lelaki itu yang berwarna putih susu dan agak pucat warnanya , Junhoe menjangkakan bahawa susuk tubuh yang berada di hadapannya pada ketika itu adalah jelmaan hantu.

Jinhwan turut duduk di atas katil itu seperti Junhoe. Sehingga melorot selimut tebal yang membaluti badannya itu ke pinggang. Junhoe mencapai bantal kesayangannya lalu menutup muka. Malu melihat badan putih mulus milik lelaki bertubuh genit itu.

Jinhwan memandang tuannya hairan. Badannya diperhati dengan mata sendiri. Ternyata , Jinhwan juga terkejut melihat perubahan dirinya. Kini dia telah menjadi 30 kali ganda lebih besar dari saiz asal. Jinhwan tentunya benar-benar gembira kerana dia sudah hampir sama tinggi dengan tuannya itu.

Junhoe hampir pengsan. Kedahsyatan apakah ini?

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang