Chapter 55

346 55 81
                                    

---

"Apa cita-cita Jinhwan?"

Sesi soal jawab diteruskan lagi. Pn. Koo terus bertanya untuk lebih mengenali Jinhwan dan mengetahui setakat manakah hubungan sulit di antara lelaki bertubuh genit itu dengan anak terunanya.

"Jinhwan bercita-cita untuk mengawan dengan June. Dia sexy.."

Dengan bangganya , dia menjawab sambil tersenyum lebar.

Pn. Koo meneguk liurnya. Seram sejuk pula apabila dia cuba membayangkan apa yang akan berlaku jika Jinhwan dan Junhoe diletakkan berdua-duaan di dalam sebuah bilik dalam keadaan bertelanjang bulat.

Bayangannya itu dipadam serta-merta daripada kotak fikiran.

"Jinhwan tahu tak tujuan asal Jinhwan hidup atas muka bumi ni?"

Pn. Koo menyoal lagi. Tanpa perlu berfikir panjang , dia terus menjawab dengan penuh keyakinan.

"Jinhwan hidup untuk bahagiakan Junhoe. Jinhwan suka bila tengok dia senyum. Comel. Macam kucing."

Mendengar jawapan Jinhwan , wanita itu tersenyum. Ubun-ubun kepala Jinhwan diusapnya lembut. Dia gembira kerana Junhoe telahpun menemui peneman yang mampu membuatnya tersenyum setiap hari.

"Kamu bercakap jujur. Omma suka."

---

Junhoe pulang awal. Tidak sabar rasanya untuk memeluk tubuh Jinhwan dan memberi ciuman manis di setiap inci wajahnya.

"Jinhwanie~"

Junhoe menjenguk ke dalam bilik tidurnya. Langsung tiada sebarang tanda-tanda bahawa Jinhwan masih berada di dalam bilik tersebut. Junhoe turun semula ke ruang tamu.

"Omma , Jinhwan mana?"

Wanita yang sedang mengemas meja makan itu berhenti sejenak lalu mendongak , memandang Junhoe.

"Jinhwan pergi kerja hari ni."

Dahi Junhoe berkerut. Kerja? Kenapa Junhoe langsung tidak diberitahu tentang ini?

"Jinhwan ada beritahu tak tempat dia bekerja?"

Pn. Koo mendongak sekali lagi.

"Takkan kamu tak tahu? Bukan kamu dah kenal dia beberapa bulan ke? Kalau dah sampai cium setiap kali sebelum tidur , takkanlah dia kerja hari ni pun kamu tak tahu , Junhoe?"

"Apa? Cium? Macam mana omma-"

"Dah , dah. Omma tak kesahlah kalau kamu tu ada apa-apa hubungan dengan dia. Ikut suka kamulah kalau nak mengawan dengan Jinhwan sekalipun. Janji , kamu kena belajar pandai-pandai. Tak pasal-pasal kebulur kamu berdua nanti."

Junhoe ternganga. Jinhwan bocorkan rahsia?!!!

---


Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang