Chapter 79

267 53 9
                                    

---

"Kau sendiri pun tahu lelaki tu yang cium Jinhwan dulu , bukan?! Jadi kenapa kau tetap nak salahkan Jinhwan?! Jijik sangat ke dia?! Dia tu kena cium je! Tak lebih dari tu pun!"

Membayangkan kembali wajah Jinhwan yang sedang menangis tempoh hari , semakin membuak-buak perasaan marah Hanbin terhadap Junhoe.

Apa salah Jinhwan sehingga Junhoe harus memperlakukannya sebegitu rupa?

"Aku tak ada masa nak layan kau , Hanbin."

Tumpuan mata Junhoe masih lagi tertancap pada skrin telefonnya. Hanbin naik berang. Mahu sahaja dicampaknya telefon itu di hadapan mata Junhoe sendiri sehingga berkecai.

"Kalau bukan disebabkan kau , tentu Jinhwan dah jadi milik aku sekarang ni! Aku akan jaga dan sayang dia lebih baik daripada kau! Kau memang lelaki tak guna!"

Junhoe yang semakin tercabar dengan kata-kata Hanbin mula melayangkan penumbuknya ke wajah lelaki itu. Hanbin turut sama membalas pukulan Junhoe.

Meja dan kerusi yang berada di sekeliling mereka berselerak apabila Junhoe menolak tubuh Hanbin. Pergelutan mereka mendapat perhatian pelajar yang berada di luar kelas. Tanpa sedar , pergaduhan mereka sudahpun sampai ke telinga guru-guru.

Satu tumbukan di perut melumpuhkan pergerakan Hanbin. Dia tidak mampu bergerak kerana rasa senak di perutnya.

"Junhoe! Hanbin! Ikut saya sekarang!"

---

Jinhwan mendongak tinggi apabila loceng di pintu masuk kafe itu berbunyi. Damishka yang sedang bersembunyi jauh di bawah kerusi tidak lagi diusiknya.

Melihat sahaja wajah Hanbin yang bengkak kemerah-merahan itu , Jinhwan segera mendapatkannya. Seiyeon turut keluar dari dapur setelah mendengar adiknya memanggil lantang nama Hanbin.

"Kenapa ni? Hanbin bergaduh ke? Dengan siapa?"

Bertalu-talu soalan diajukan kepada lelaki bertubuh tinggi itu. Hanbin yang hanya diam kemudiannya bersuara.

"Junhoe.."

Jinhwan menanggalkan apron di tubuhnya lalu berlari keluar ㅡ meninggalkan kafe tanpa bertanya lagi.

Tentu sekali Jinhwan menghala pulang ke rumah teman lelakinya. Hanbin melepaskan keluhan berat.

'Kalaulah Jinhwan sedar aku yang selama ni pertahankan dia , tentu dia akan beri perhatian pada aku..'

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang