Chapter 86

258 49 68
                                    

---

"Cik , dalam hospital ni ada tak pesakit bernama Jinhwan?"

"Maksud encik , Kim Jinhwan? Dia baru saja dibenarkan keluar pagi tadi."

Junhoe terkedu sejenak. Kim Jinhwan?

Ah , pasti petugas kaunter pertanyaan ini sudah tersilap orang. Mana mungkin Jinhwan punyai nama keluarga sedangkan dia sendiri pun tidak tahu akan asal usulnya.

"Boleh beritahu saya di mana bilik dia? Saya nak lihat sendiri."

Junhoe segera membuka langkah besar menghala ke lif hospital sebaik sahaja dia mendapat maklumat dari petugas hospital itu. Butang lif ditekan berkali-kali.

Junhoe akhirnya mengambil keputusan untuk memanjat tangga ke tingkat 3. Keluar sahaja dari pintu tangga , Junhoe gigih mencari bilik 282.

Tanpa menunggu lama , tombol pintu bilik itu dipulas. Hampa. Jinhwan tiada di dalam bilik itu.

"Jangan-jangan noona yang kerja di kafe tu tahu di mana Jinhwan."

Junhoe ke kafe tempat Jinhwan pernah berkerja dahulu. Keluhan berat meniti di bibirnya.

"Dah ditutup?"

Junhoe pulang ke rumah dengan kekecewaan. Terlalu lambatkah untuk dia mengubah segalanya?

Junhoe perlukan Jinhwan. Dan dia sedar tentang itu. Ego yang terlalu tinggi memaksa Junhoe untuk mengabaikan dan membenci Jinhwan di atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan olehnya.

Sudah berminggu-minggu Junhoe dihimpit perasaan serba salah. Jinhwan difitnah , diabaikan , dihalau , dibenci dan disakiti oleh dirinya sendiri.

Dan hari ini barulah Junhoe terfikir hendak memperbetulkan kembali keadaan .

Junhoe teringin untuk melihat senyuman dan mendengar tawa Jinhwan lagi. Dia juga perlukan ciuman dan pelukan manja Jinhwan untuk mengubat rasa rindu.

Sungguh , Junhoe menyesal.

Junhoe cuba mendail nombor telefon Jinhwan. Ya , telefon pintar yang pernah dia hadiahkan kepada lelaki itu agar Jinhwan tidak sesat , tidak berasa sunyi , sentiasa selamat dan yang paling penting dapat melepaskan rindu walaupun dari jarak dekat.

Junhoe berlari ke bilik tidur sebaik sahaja mendengar deringan telefon lamanya itu.

"Jinhwan!"

Pudar senyuman Junhoe. Serta-merta lelaki itu jatuh terduduk. Bagaimana dia boleh terlupa yang Jinhwan telah dihalau keluar dari rumah itu tanpa membawa apa-apa bersamanya?

Telefon Jinhwan yang ditinggalkan di atas mejanya dipandang dengan mata yang semakin kabur dek kerana air matanya.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang