Chapter 22

433 66 81
                                    

---

Jinhwan dilihat terlalu asyik memainkan hujung jari telunjuknya pada bulu mata Junhoe. Hairannya , Junhoe yang masih terlena di sisi katil dalam postur duduk itu langsung tidak terganggu.

Seperti kanak-kanak kecil yang mudah terhibur , Jinhwan terkekeh halus lalu segera menutup mulutnya dengan tapak tangan. Dia kembali terkekeh.

Kini kedua-dua belah jari telunjuk Jinhwan beralih pada setiap satu hujung bibir Junhoe.

"Tak ada sesiapa atas muka bumi ni yang lebih handsome daripada Koo Junhoe. WAHAHAHA"

Sambil dia mula menggerak-gerakkan hujung bibir Junhoe , Jinhwan juga mengajuk ayat dan suara tuannya itu. Ketawa Jinhwan hampir meletus sekali lagi.

Namun , rasa ingin ketawa terbahak-bahaknya mati begitu sahaja. Entah bagaimana matanya boleh mendarat pada bibir lelaki itu. Jinhwan meneguk liurnya perit.

Sudah lama dia perhati. Namun , hanya dari jauh dia mampu melihat. Junhoe mempunyai dua ulas bibir yang begitu menawan pada pandangannya.

Jinhwan merapatkan wajahnya. Nafas Junhoe yang terasa hangat  mengenai batang hidung lelaki bertubuh kecil itu. Bibir Junhoe dikucupnya lembut. Jinhwan tersenyum.

Perhatian Jinhwan beralih apabila deria pendengarannya menangkap bunyi yang sudah biasa didengari . Sepertinya , bunyi itu datang dari loceng pintu utama.

Jinhwan turun dari katil tuannya lalu segera ke ruang tamu. Junhoe yang telahpun terjaga dek kerana pergerakan Jinhwan di atas katilnya tadi mula terpisat-pisat.

Jinhwan terus membuka pintu utama kediaman itu tanpa teragak-agak. Rahangnya hampir jatuh melihat satu figura bertubuh tinggi yang kini berada di hadapannya.

Terkejut dengan perbezaan ketinggian mereka , barangkali.

"Hey , namja comel. June ada di rumah tak?"

Lelaki itu mengusap manja rambut Jinhwan. Dia terkedu. Sama sekali tidak tahu bagaimana untuk menjawab.

"Siapa tu , Jinhwan?"

Ketika itu jugalah Junhoe muncul di belakangnya. Junhoe terkebil-kebil melihat lelaki yang kian tersenyum lebar sebaik selepas melihatnya.

"Chanwoo?"

---



Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang