Chapter 25

397 66 45
                                    

---

"Kau tak rasa melampau sangat ke untuk tengking Jinhwan sampai macam tu sekali?"

Junhoe menghembus nafas panjang. Kenyataan Chanwoo itu sememangnya benar. Tiada sebab munasabah untuknya meninggikan suara pada Jinhwan.

Dia juga punyai kehidupan sendiri. Junhoe tidak sewajarnya menyekat kebebasan lelaki itu.

Sejujurnya , dia hanya terlampau bimbang. Kehadiran Jinhwan sudah terlalu bermakna buat dirinya. Junhoe bimbang akan ditinggalkan keseorangan sekali lagi.

Yang paling penting , dia tidak mahu Jinhwan pergi dari hidupnya. Dan dia sama sekali takut akan kehilangan Jinhwan buat selama-lamanya.

Itulah punca datangnya amarah Junhoe senja tadi. Lelaki itu kini dihimpit rasa bersalah yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata.

"Abaikan saja."

Junhoe sama sekali tidak mahu dilihat dalam keadaan serba salah. Biarpun Junhoe bersungguh-sungguh cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya pada ketika itu , Chanwoo masih dapat merasai kegusaran yang sahabatnya turut rasai.

Chanwoo menggeleng. Itulah Koo Junhoe. Sentiasa ego.

---

Jinhwan perlahan-lahan menolak dedaun pintu bilik yang berada di hadapannya sebaik sahaja tombol pintu tersebut dipulas. Bilik yang menempatkan dua buah almari di kiri dan kanan bilik itu membuatkan ruang di dalamnya kelihatan sempit.

Inilah bilik stor yang akan menjadi tempat tidurnya malam ini.

Jinhwan kembali menutup pintu di belakangnya. Sedikit ruang yang cukup luas untuk tubuh kecilnya dikemas.

Jinhwan baring di atas lantai itu tanpa berlapikkan apa-apa fabrik lembut. Matanya memandang siling di atas. Kosong , sama seperti hati dan fikirannya pada ketika itu.

Jinhwan menukar tubuhnya kepada posisi mengiring ke sebelah kanan. Sesungguhnya , Jinhwan amat membenci ruangan sempit seperti ini.

Nak atau tidak , dia sudah tiada pilihan lain. Dia tidak mahu terus-menerus menyusahkan Junhoe.

Bunyi bising yang kedengaran betul-betul di atasnya menandakan bahawa titisan hujan sedang membasahi bumi di luar sana.

Jinhwan baring sedikit membongkok ke hadapan sambil memeluk lututnya. Mengingati semula bagaimana bengangnya Junhoe terhadap lelaki itu , Jinhwan sekali lagi mengalirkan air mata.

"Omma , Jinhwan ni memang menyusahkan ke?"

Jinhwan berbisik halus. Suaranya hampir tidak kedengaran kerana sudah terlalu lama menangis.

"Nakal sangat ke Jinhwan sampai semua orang asyik nak marah?"

Jinhwan memeluk erat kedua-dua belah lututnya.

"Sebab tu ke omma pun tinggalkan Jinhwan?"

Jinhwan meraup wajahnya lalu teresak-esak menangis dalam keadaan menggigil kesejukan. Apa yang dia ingat selepas itu , dia sudah tidak sedarkan diri.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang