Chapter 80

278 49 16
                                    

---

Junhoe membuka peti pertolongan cemas yang sudah lama tersimpan di dalam almari pakaiannya. Tidak pernah terusik pun peti itu sejak Jinhwan hadir ke dalam hidupnya.

Junhoe akui , dia sering terlibat dalam masalah kerana gagal mengawal amarahnya. Tetapi lain pula situasi Junhoe apabila Jinhwan ada bersama-samanya.

Kehadiran Jinhwan banyak mengubah cara hidup Junhoe , sungguh.

Junhoe membersihkan darah di bibirnya yang pecah gara-gara ditumbuk Hanbin tadi.

"Tak guna betul Hanbin tu.."

Junhoe berbisik sendirian. Giginya diketap. Baru sahaja kemarahannya mulai reda tadi. Kini , dia hampir hilang kawalan lagi.

Bukan hanya luka dan lebam di wajahnya. Tangan Junhoe juga cedera gara-gara berlanggar dengan tingkap kelas.

Jemari runcing Junhoe yang sedang menggenggam kapas di tangannya dibuka lembut. Entah bila pula Jinhwan duduk melutut di hadapannya.

Jinhwan mengambil kapas di tangan Junhoe lalu perlahan-lahan membersihkan sisa darah pada bibir lelaki itu. Junhoe menyedari butiran peluh di dahi Jinhwan.

Jinhwan pula bagaikan tidak dapat mengawal perasaan sedihnya tatkala melihat luka-luka dan kesan lebam di wajah Junhoe. Sedaya-upaya air matanya ditahan. Namun , tidak berjaya.

Jinhwan teresak-esak di hadapan lelaki itu. Tidak dihiraukan pandangan Junhoe yang dingin terhadapnya.

Darah pada bibir dan dahi Junhoe hanya mengingatkannya kepada peristiwa hitam di mana ibunya mati selepas dilanggar kenderaan manusia.

Mata kedua-dua mereka saling bertaut buat seketika. Masih tiada reaksi menenangkan dari Junhoe. Bahkan , lelaki itu menoleh ke arah lain seperti tidak mahu melihat wajah Jinhwan lagi.

---

"Ya , omma?"

"Bagaimana kafe kamu di sana? Semuanya baik-baik sahaja kan , Seiyeon?"

"Tentulah. Omma dah banyak tolong saya. Geomawo.."

"Nae.. Jinhwan macam mana? Sihat?"

"Sihat je. Cuma sejak akhir-akhir ni , dia dah tak ada semangat nak bekerja. Nampak macam ada masalah besar."

"Apa kata kamu balik ke sini , sayang. Kamu boleh tolong appa uruskan syarikat. Bawa Jinhwan sekali. Omma sedia nak ambil dia sebagai anak angkat. Tak adalah kamu berdua terpisah lagi selepas ni."

"Kalau pasal tu , Seiyeon pun tak kesah. Tapi Jinhwan macam berat hati nak tinggalkan Seoul. Lagipun , kawan-kawan dia semua di sini. Nanti Seiyeon cuba pujuk dia , ya omma?"

"Baiklah. Kita jumpa nanti."

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang