Chapter 42

428 61 43
                                    

---

Junhoe akhirnya mengalah juga. Kelopak mata lelaki itu dibuka perlahan-lahan setelah tidak berjaya untuk cuba melelapkan dirinya semula.

Junhoe meraba-raba ruang di sisinya dengan tangan. Tempat yang sepatutnya Jinhwan berada pada saat ini didapatinya kosong tanpa sebarang jejak. Junhoe bingkas bangun dari pembaringannya lalu melihat ke sekeliling.

Selimut tebal yang sudah melorot ke bahagian pinggangnya tidak dihiraukan. Hampir terlupa Junhoe bahawa dia langsung tidak memakai apa-apa pada badannya sejak malam semalam.

Telefon yang diletakkan di sisi bantalnya dicapai. Matanya membuntang luas apabila melihat hari dan tarikh yang tertera di skrin telefon pintar tersebut.

Isnin?!

Junhoe melompat turun daripada katilnya. Melihat diri sendiri yang bertelanjang meninggalkan katil pada cermin yang sedia ada di dalam bilik itu , Junhoe segera mencapai tualanya lalu hilang begitu sahaja di sebalik pintu bilik air.

Junhoe berlari keluar dari bilik air selepas membersihkan dirinya pada pagi itu. Mujurlah tidak jatuh tersembam lelaki itu ke lantai. Jika tidak , naya lebam mukanya yang kacak lagi menawan itu.

Junhoe mencapai beg galasnya lalu meninggalkan rumah selepas mengunci pintu utama dari dalam. Dalam perjalanan ke sekolah , Junhoe berasa susah hati memikirkan tentang Jinhwan yang menghilang tanpa jejak.

"Manalah kau ni , Jinhwan? Jangan buat benda bodoh bila aku tak ada sudahlah.."

---

Junhoe sama sekali tidak dapat menumpukan konsentrasinya di dalam kelas. Di fikiran lelaki itu hanya membayangkan perkara yang mungkin dilakukan oleh Jinhwan pada saat itu.

"Koo Junhoe , tolong jawab soalan di hadapan ni."

Seperti yang dijangka , Cikgu Jung Bebel pasti menyasarkan Junhoe. Mujurlah lelaki itu boleh dikatakan sudah cukup pandai. Itu pun atas bantuan Donghyuk yang mengajarnya dengan penuh sabar.

Bukan hanya Junhoe sahaja yang bermasalah dalam mempelajari subjek yang diajar oleh guru itu. Bahkan , hampir seluruh pelajar di dalam kelasnya langsung tidak faham dengan apa yang diajar oleh tenaga pengajar tersebut. Mana tidaknya? Masuk kelas sahaja mula membebel. Sehingga cerita zaman mak nenek Cikgu Jung Bebel itu juga turut dikaitkan dengan matematik.

Haih...

Junhoe kembali ke tempatnya setelah berjaya menyelesaikan soalan matematik di hadapan. Tidak lama kemudian , bunyi loceng yang amat ditunggu-tunggu pelajar kelas tersebut berbunyi nyaring di koridor.

"Hey! Hey!"

Tanpa menunggu Cikgu Jung Bebel selesai berceramah di hadapan , mereka semua berlari keluar bagi melepaskan diri daripada guru itu.

Junhoe membeli beberapa potong sandwich serta satu botol air mineral lalu dibawa ke meja tempat dia biasa duduk bersama Donghyuk. Nampaknya kali ini , dia hanya akan duduk bersendirian.

"Awhhh.. comelnya kucing ni."

"Bulu dia cantik lah."

"Manja pula tu!"

"Rasanya dia suka kau lah!"

Junhoe menoleh ke arah suara-suara gadis yang berada tidak jauh darinya. Matanya dikecilkan sedikit sebelum kembali membulat setelah melihat seekor anak kucing di dalam dakapan salah seorang daripada gadis itu.

Bukan lagi dalam dakapan! Malah , dihimpit rapat pada dadanya yang membukit itu!

Jinhwan?!

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang