Chapter 43

375 59 64
                                    

---

"Lepaskan dia. He's mine."

Suara tegas Junhoe ternyata memeranjatkan ketiga-tiga orang gadis yang sedang duduk mengelilingi Jinhwan di taman itu.

Mereka menoleh seraya mendongak ke atas , memandang Junhoe yang sedang berpeluk tubuh. Salah seorang daripada mereka tersenyum sinis.

"Sejak bila Koo Junhoe yang kami kenal sebagai sombong dan panas baran ni tiba-tiba jadi penyayang?"

"Sejak dia dah jatuh hati."

Jawapan Junhoe membuatkan tawa ketiga-tiga mereka terhambur kuat. Secara tidak langsung , mengundang perhatian pelajar lain yang berada tidak jauh dari situ.

"Woah.. perempuan mana yang bertuah tu?"

Mereka ketawa lagi. Barangkali , gadis-gadis itu merasakan bahawa Junhoe sedang bergurau dengan mereka.

"Baiklah , kucing ni kau yang punya kan?"

Belum sempat mereka memulangkan kembali anak kucing tadi kepada Junhoe , Jinhwan sudahpun hilang dari pandangan.

"Jinhwan? Jinhwan!"

---

Anak kucing yang sudah berbeza sedikit saiznya sekarang kini berjalan tanpa hala tuju di perkarangan sekolah Junhoe. Ada kalanya dia cuba mengelak daripada menjadi perhatian ramai. Jika difikirkan kembali , Jinhwan menyesal mengekori tuannya dari rumah siang tadi.

Sebaiknya , dia mahu bersendirian buat masa ini.

Entah mengapa , Jinhwan berasa sedih saat mengingati semula perbualan Junhoe bersama gadis-gadis di taman tadi.

Benarkah Junhoe sudah jatuh hati pada seseorang?

Jinhwan menemukan sebuah bilik tidak jauh dari tempatnya berada pada ketika ini. Dia membawa langkah ke sana tanpa berfikir panjang.

"Tolong cikgu simpankan barang-barang ni dalam stor. Jangan lupa kunci bilik ni nanti."

Jinhwan melihat sahaja dua orang manusia di pintu masuk bilik itu sedang mengangkat beberapa kotak ke dalam.

Dengan segera , Jinhwan menyorok di sebalik besi-besi lama yang hampir berkarat. Kotak-kotak yang dibawa disusun mengelilingi Jinhwan. Tiada lagi jalan keluar buatnya.

"Dah selesai. Jom pergi."

Pintu bilik stor tersebut kemudiannya ditutup rapat lalu dikunci. Jinhwan mengiau halus. Keadaan yang gelap gelita membuatkan si kecil itu ketakutan. Jinhwan mengundur tubuhnya selangkah demi selangkah ke belakang.

Tidak semena-mena , besi lama yang sudah hampir berkarat jatuh menimpa tubuhnya.

"Kau dengar apa-apa tak , Jiwon?"

"Tak. Dahlah , jom pergi."

Melihat Hanbin yang seakan-akan berat hati untuk meninggalkan tempat itu , Jiwon menarik tangannya selamba.

---




Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang