Chapter 89

256 43 24
                                    

---

"Seronok tinggal di Jerman?"

Jinhwan tersenyum gembira saat panggilan itu terhubung juga akhirnya. Suara yang amat dia rindui kini kembali menjadi halwa di telinga Jinhwan.

"Seronok! Tapi lagi seronok kalau June ada sekali."

Jinhwan melangkah perlahan merapati dinding biliknya. Sambil tersengih malu , Jinhwan memukul manja permukaan dinding tersebut ㅡ membayangkan dirinya seperti sedang memukul dada Junhoe.

"Iyalah. No one can resist Koo Junhoe."

Talian Jinhwan senyap seketika.

"Oh. Baru aku teringat. Kau tak faham English , kan?"

"Siapa kata? Jinhwan tengah belajar lagilah. Bahasa Jerman pun boleh tahan susah juga."

Jinhwan mencebikkan bibir. Kepalanya yang tidak gatal itu turut digaru. Setelah hampir 4 bulan menetap di Jerman barulah Jinhwan dapat membiasakan diri dengan suasana tanpa Junhoe di sisi.

Jika dahulu ada yang tidur bersamanya , memandikannya , menjadi penemannya , memasak untuknya , ketawa dan tersenyum dengannya , kini dia telah kehilangan hampir kesemuanya.

Sekurang-kurangnya , Jinhwan masih mampu berhubung dengan Junhoe. Terubat jugalah rindu di hati kecilnya itu saat mendengar suaranya.

"Eo.. bil telefon ni makin mahal lah! June , kita berbual lain kalilah , ya?"

Tanpa menunggu jawapan balas daripada Junhoe , Jinhwan terus menamatkan panggilan itu. Peluh yang kononnya terbentuk di dahi dikesat dengan lengan baju.

Sambil tangannya yang kesejukan diseluk ke dalam kocek pakaiannya , Junhoe ketawa kecil.

"Jinhwan , Jinhwan... dah terikut-ikut perangai aku nampaknya."

---

Hari berganti hari. Tanpa mereka sedari , sudah lebih 3 tahun mereka berdua terpisah jauh. Junhoe masih kekal di tanah air Korea. Jinhwan pula di Jerman bersama keluarga barunya.

Masing-masing hidup berlandaskan haluan yang dipilih. Junhoe kini memimpin syarikat mendiang bapanya.

Jinhwan? Dia masih punyai setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di sana. Mereka diberikan cuti panjang selepas semester kedua selama dua minggu.

Jinhwan nekad. Dia benar-benar teringin untuk berjumpa Junhoe. Sejak setahun lepas lagi , mereka berdua seolah-olah tiada topik yang menarik untuk dibualkan.

Akhirnya , Jinhwan dan Junhoe saling berbalas teks pesanan ringkas sahaja. Junhoe tidak lagi berkongsi tentang kehidupannya di Korea kepada Jinhwan.

Malam itu , Jinhwan bersiap-siap mengemas pakaian dan segala keperluannya. Keluarga angkatnya juga tidak sesekali pun menghalang niatnya untuk bertemu Junhoe.

"Jinhwan ni betul ke nak jumpa Junhoe? Muka kamu nampak pucatlah."

Jinhwan hanya mampu tersenyum saat dia mendengar keluhan Seiyeon di belakang.

Sepanjang 3 tahun berada di Jerman , dia akui kesihatannya semakin membimbangkan. Bermula dari hidung berdarah , pening kepala yang melampau , sakit dada , batuk berdarah dan kerap kali muntah.

Jika ditanya , Jinhwan tidak akan mengakuinya walaupun di hadapan Seiyeon. Jinhwan merasakan perlahan-lahan nyawanya semakin pendek.

"Noona janganlah risau. Jinhwan boleh jaga diri sendiri."

---





Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang