Chapter 52

310 57 7
                                    

---

Junhoe terus meluru keluar daripada pasaraya besar itu , meninggalkan ibunya di belakang bersama beg plastik yang penuh dengan barangan dapur di belakang.

Melihat keadaan hujan lebat di luar sana , Junhoe sehinggakan terpaksa mengundur ke belakang agar tidak terkena tempiasnya.

"Junhoe.. tolonglah omma! Berat ni!"

Pn. Koo menjerit di belakang. Namun , tidak diendahkan Junhoe. Bukan sengaja dia mengabaikan panggilan wanita itu. Junhoe hanya terlalu banyak berfikir.

Jinhwan ditinggalkan seorang diri dalam keadaan hujan lebat sebegini. Siapa sahaja tidak risau?

"Omma balik naik teksi , ya?"

Belum sempat pun untuk Pn. Koo menepuk bahu anaknya dari arah belakang , Junhoe berlari meredah hujan lebat.

"Bertuah punya budak! Kalau ya pun , bawalah sikit barang dapur ni! Kau tunggu , June. Kau tunggulah bila aku balik nanti! Biar aku piat telinga dia!"

Bebelan Pn. Koo mengundang perhatian kebanyakan pengunjung yang berada di pintu keluar pasaraya tersebut. Dengan jelingan tajam , wanita itu memandang setiap seorang daripada mereka yang tertawa melihatnya.

"Apa pandang-pandang , hah?!"

Mereka segera berlalu pergi. Jangan dipandang rendah penangan tamparan kasut Jepun miliknya.

---

Dalam keadaan basah lencun akibat kehujanan , Junhoe ke biliknya tanpa mempedulikan ruang yang gelap gelita di sekelilingnya. Beberapa kali juga dia memanggil-manggil nama Jinhwan. Namun , masih tiada sebarang jawapan.

Biliknya diterjah. Kedengaran esakan halus. Junhoe dapat melihat sedikit pergerakan di atas katilnya.

"Jinhwan?"

Mendengar suara manusia yang ditunggu-tunggu , Jinhwan mengangkat wajahnya.

"Junhoe.."

Lelaki itu segera datang memeluknya. Bekalan elektrik kembali menghidupkan lampu yang sudah lama terpadam. Jinhwan memukul dada Junhoe.

"Kata.. nak.. keluar.. sekejap je. Kenapa.. tinggalkan Jinhwan? Jinhwan.. takut."

Junhoe kembali menarik Jinhwan ke dalam dakapannya. Mata lelaki itu dipejamkan seketika. Mendengar esakan Jinhwan semakin menjadi-jadi , Junhoe turut hampir mengalirkan air matanya.

"Maafkan aku."

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang