Chapter 76

327 51 22
                                    

---

Hasil pertolongan Junhoe , hampir kesemua barangan dapur telahpun dilabel dengan sticky note berwarna bagi membantu Jinhwan mengenalpasti perkakas mana yang ingin dia gunakan.

Jinhwan menepuk kedua-dua belah tapak tangannya seperti anjing laut beberapa kali sambil tersenyum gembira. Sandwich yang dia sediakan khas buat Junhoe sudah pun siap disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Jinhwan membawa bekal itu dengan penuh senang hati ke sekolah teman lelakinya. Beberapa minit lagi , dan Junhoe akan ke kantin apabila waktu rehat.

Jinhwan tiba di sebuah taman kecil. Selepas menghantar teks pesanan ringkas kepada Junhoe , matanya melilau ke sekeliling ㅡ cuba mencari tempat duduk yang mudah dilihat oleh Junhoe.

Jinhwan didatangi seorang lelaki. Dia pada awalnya mengabaikan sahaja kehadiran lelaki itu.  Namun , pandangannya yang agak merimaskan membuatkan Jinhwan berasa tidak selesa.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu bertindak mencium bibirnya ㅡ mengejutkan Jinhwan.

Bekas di tangannya jatuh menyembah tanah. Jinhwan tidak mampu bergerak. Pergerakannya seolah-olah terkunci apabila lelaki itu mula meraba-raba anggota tubuhnya.

Jinhwan cuba menolak lelaki itu menjauhinya. Namun , usaha Jinhwan hanya sia-sia. Kudratnya tidak mampu menandingi kekuatan lelaki itu. Dia pasrah dan hanya berharap agar Junhoe tidak melihat apa yang berlaku.

Bunyi tumbukan membuka mata Jinhwan. Lelaki tadi sudah terjelepok di atas tanah ㅡ memegang mukanya sambil memandang ke satu arah. Jinhwan mengangkat wajahnya.

Koo Junhoe.

Lelaki tadi dibelasahnya ㅡ melepaskan amarah yang tidak terhingga. Jinhwan gelisah.

"Junhoe!"

Rakan-rakan Junhoe yang lain termasuklah Hanbin datang bersama-sama ke taman itu. Donghyuk dan Yunhyeong berusaha menahan Junhoe. Tetapi Junhoe sepertinya tidak kesah menumbuk muka lelaki itu.

"Junhoe , berhentilah.."

Jinhwan menarik tangan Junhoe daripada terus memukul lelaki yang sudah terkulai lemah itu. Tindakannya hanya membuatkan Junhoe bertambah berang.

Jinhwan ditolak menjauhinya. Bahu Jinhwan mengenai bucu bangku di taman itu. Hanbin segera menghampirinya.

"Jinhwan , okay? Kita pergi klinik ya?"

Jelas terpancar di wajah Jinhwan kesakitan yang dirasainya. Junhoe berlalu pergi tanpa suara.
"Junhoe.."

Jinhwan cuba memanggilnya. Namun tidak sesekali dihiraukan. Jinhwan bangun sambil memegang bahagian bahunya yang tercedera ㅡ cuba mengejar Junhoe yang berada di hadapan.

"Hanbin.. kau patut halang Jinhwan. Macam mana kalau Junhoe cederakan dia?"

Jiwon memaut lengan Hanbin ㅡ bimbang. Hanbin hanya menggeleng perlahan.

"June takkan buat macam tu. Lagipun , aku rasa baik kau bawa lelaki ni pergi bilik kesihatan sebelum dia mati katak di sini."

Jiwon sekadar mengangguk.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang