Chapter 26

389 66 55
                                    

---

Junhoe membuka mata. Ternyata , ini bakal menjadi permulaan hari yang kosong tanpa Jinhwan di sisinya. Nafas berat dihembus perlahan melalui rongga nasal lelaki itu.

Jika peristiwa semalam tidak pernah berlaku , sudah tentu Junhoe masih berpeluang untuk memeluk tubuhnya , merenung wajah tenangnya serta melihat senyumannya.

Junhoe turun ke dapur. Segelas air diteguknya sehingga ke titisan terakhir. Chanwoo sudah tentu masih membuta di dalam biliknya.

"Ya Tuhan..."

Junhoe tercari-cari suara tersebut. Kelihatan pintu bilik stor di bawah anak tangga rumahnya terbuka luas. Junhoe segera menghampiri bilik tersebut.

Imej Chanwoo sedang memeluk tubuh seseorang yang dua kali ganda lebih kecil daripadanya membuatkan Junhoe tertanya-tanya.

"Chanwoo?"

Lelaki itu menoleh apabila namanya dipanggil. Diri Junhoe kian dilanda keresahan selepas melihat keadaan Jinhwan yang amat tidak bermaya di dalam dakapan Chanwoo.

"June-ahh.. Jinhwan demam panas ni. Dia tak sedarkan diri."

Fikiran Junhoe terganggu seketika. Pandangannya jatuh ke lantai. Jinhwan tidur di dalam bilik sempit ini sepanjang malam?

"June , kita bawa dia pergi hospital?"

Chanwoo benar-benar mengharap agar Junhoe melupakan amarahnya buat seketika. Hanya keadaan Jinhwan yang lebih dia bimbangi saat ini.

"Ah , lupakan! Aku call doktor. June , kau angkat Jinhwan."

"..."

"June , kau dengar tak ni?"

Junhoe mengangguk perlahan.

---

Tame Me , Master [ JunHwan ] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang